`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, February 18, 2013

1BORNEO ROMPAK ORANG MISKIN?




Saudara Pengarang,
SAYA sering berkunjung ke 1Borneo tetapi agak terkilan kerana caj parking untuk kereta di sana tersangat-sangatlah mahal. Untuk pertama kali parking, diwajibkan membayar RM6 dan sekiranya melebihi daripada empat jam, harus ditambah RM2 ringgit menjadikan jumlah keseluruhan RM8.

Kos yang begitu tinggi untuk parking seolah-olah pengunjung 1Borneo semuanya jutawan, sedangkan orang yang datang bukan semuanya berkemampuan. RM8 amat besar maknanya kepada rakyat biasa seperti saya sekiranya digunakan untuk kegunaan lain yang lebih berfaedah.
Persoalannya, apakah yang membuatkan kos parking begitu mahal? Adakah lantai parking menggunakan simen emas ataupun kereta dicuci setelah membayar parking RM8?

Seharusnya 1 Borneo mengkaji caj parking tersebut dan bukannya mengambil kesempatan merompak rakyat miskin seperti saya. Apa yang seronok sangat di 1 Borneo sehinggakan parking di caj begitu mahal?

Bukan sahaja caj parking mahal, malah makanan dan segala barangan yang dijual di sini terlalu mahal; termasuk caj tandas juga mahal.

Rakan saya mengadu bahawa biarpun 1Borneo mempunyai tempat parking khas untuk motorsikal, tetapi tetap ada masalah. Contohnya 'side mirror' dicuri, minyak petrol dicuri, tayar dibocorkan dan ada kes motorsikal hilang.

Sekiranya motor parking di kawasan larangan, maka akan dirantai dan dikompaun sehingga RM50, Sekiranya orang yang mengharapkan kenderaannya tidak kira motor atau kereta selamat, maka mereka terpaksa parking di tempat larangan dan dikompaun sebanyak RM50. Adakah itu wajar? Perlukah rakyat Sabah boikot 1Borneo?

Salam Hormat,

PENGUNJUNG KECEWA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.