`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, February 15, 2013

30 DESAK POLIS SIASAT SABAHKINI.NET



Saudara Pengarang,

SEAWAL jam 8 pagi kelmarin, lebih 30 orang terdiri daripada penduduk anak negeri Sabah telah berhimpun di pekan Telupid untuk menyuarakan kemarahan mereka terhadap maksud kandungan atikel bertajuk 'Bugis Layak Jadi Ketua Menteri Sabahtulisan Hj.Nungka Andi Masrapi Madder daripada Kg. Paris 1, Kinabatangan, kerana berunsurkan hasutan, penghinaan dan mempersoalkan hak, kedudukan dan keistimewaan penduduk anak negeri Sabah, yang diterbitkan melalui laman sesawang Sabahkini.net pada 6 Februari 2013, telah memberi impak yang bertentangan dengan Akta Keharmonian Nasional.

Satu laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Telupid oleh kumpulan NGOs yang terdiri daripada anggota-anggota Angkatan Perubahan Sabah (APS), United Borneo Front (UBF), Jaringan Orang Asal Sabah (JOAS) dan diiring oleh seorang Ketua Cawangan UMNO Kinabatangan yang turut menyokong perlaksanaan aduan.
Pada pandangan umum hampir semua maksud kandungan artikel Hj. Nungka mengandungi kecenderungan menghasut bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia dan mempersoalkan hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan dan hak kuasa yang ditetapkan dan dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan.

Dalam penerbitan artikel tersebut, Hj. Nungka telah membuat persediaan dalam bentuk tulisan sebagai senjata untuk mempengaruhi pandangan, perasaan dan kelakuan orang Bugis yang ada di muka bumi Sabah dengan kenyataan bahawa; "Jumlah orang Bugis yang ada Mykad yang diberikan oleh pemimpin UMNO sudah mencecah 1.7 juta dan pada bila-bila masa sahaja kami boleh menindas kaum yang mengaku anak jati Sabah."

Dengan Kenyataan Hj. Nungka ini, telah mengancam kedaulatan Negara, keselamatan dan keharmonian.

Hj.Nungka juga membabitkan pemimpin UMNO yang telah memberikan Mykad kepada 1.7 juta orang Bugis.

Oleh itu, Kumpulan NGOs mendesak supaya Polis di Raja Malaysia dapat mengambil tindakan secara profesional untuk menyiasat kes ini sehingga ke akar umbi dan mengheret dalang ke muka pengadilan.

Salam Reformasi,

JIKOL GAMBUD

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.