`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, February 2, 2013

"Allah" Tidak Diperjuangkan, Putrajaya Segalanya


PAS & DAP sering saling menuduh dan yang pastinya kita pengundi dapat lihat dengan jelas bahawa DAP konsisten dengan ungkapan dan polisi meeka. Contoh terbaik adalah kalimah Allah.

Anwar Ibrahim pula dengan mainan pidatonya. Lain ditanya lain yang selalu dijawab dan kita hanya akan rasa "climax" sekejap mendengar apa yang diperkatakannya tetapi jelas ini adalah taktik "Divert & Run"yang selalu diguna pakai oleh beliau dalam semua isu.Beliau juga terus degil dengan berpegang kepada kenyataan Presiden Pas pada 8hb Januari 2013 sedangkan kenyataan terkini PAS (selepas keputusan Majlis Syura) adalah jelas dan beliau dengan pantas terus mengatakan isu ini selesai dan dipebesarkan oleh media.

Adakah DAP & PKR menghormati PAS dan pendirian perjuangan Islam? dengan jelas jawapanya tidak sama sekali untuk PAS mengharap pada DAP & PKR untuk agenda dakwah dan perjuangan Islam ataupun menjadikan Islam sebagai cara hidup di Malaysia.
 


Sudah pasti DAP & PKR jelas melihat telatah orang-orang beragama dalam PAS yang lebih cenderung kepada kuasa politik dan tunduk kepada kemahuan politik lebih daripada perjuangan islam yang mereka harus perjuangkan. Tidakah PAS malu untuk diperlakukan sedemikian rupa? Agak malu untuk kita lihat sebuah Parti Islam yang gah satu masa dulu dengan perjuangan yang begitu jelas hilang arah kerana nafsu politik dan mimpi indah yang dijanjikan oleh sekutu mereka (DAP & PKR). 

 
Sehingga hari ini DAP tidak pernah mengubah kenyataan  mereka dan Lim Guang Eng lebih bijak dengan hanya berdiam kerana beliau tahu PRU 13 semakin hampir. Namun isu ini timbul semula apabila lawatan tuan Guru Nik Aziz ke Pulau Pinang yang dilihat bagi menjernihkan keadaan tetapi sebaliknya  yang berlaku. Semakin kelam kabut PAS dibuatnya dengan kenyataan terbaru Pengerusi DAP Karpal Singh yang jelas meminta PAS mengubah pendirian mereka.

Tambah pula dengan kedegilan PKR yang terus meletakkan tekanan kepada Presiden PAS. Mereka seolah-olah tidak dapat membezakan kenyataan terkini anatara tarikh 8hb January 2013 dan kenyataan tahun 2010 yang dibuat oleh PAS dengan ketetapan terkini oleh Majlis Syura (selepas tarikh 8hb Januari 2013) yang harus dipatuhi oleh Presiden PAS & semua ahli PAS.

"Why they  (PKR) can be so stupid? Is this the type of leader we want who hide a crystal clear issue in front of them and prefer to be in "DENIAL SYNDROME".They are known to be in denial for every mistakes they make personally or as a party. PKR at times can sound as stupid as they can be and we,the citizen shall not listen to such leader if not indeeed we are stupid just like them!!" Anonymous
 


Adakah PAS akan terus menyokong DAP yang jelas mahukan kalimah Allah dipermainkan dengan memberi kebenaran untuk Kristian menggunakan kalimah Allah? Begitu juga dengan kenyataan PKR yang jelas tidak mengiktiraf keputusan Majlis Syura tetapi sebaliknya dengan jelas meletakkan beban kepada Presiden Pas terhadap apa yang diungkapkan olehnya pada sidang akhbar 8hb January 2013 yang membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam.

Kepada ahli PAS, mereka kenal Presiden PAS tidak pernah membuat kenyataan akhbar dengan membaca teks kerana itu bukan sifat Abdul hadi Awang. Tetapi pada 8hb Januari 2013 beliau membaca teks ucapan keratan akhbar yang telah disiapkan dan diletakkan beban kapadanya untuk membaca kerana mereka (DAP & PKR) mahukan PAS terperangkap dengan mainan politik ini demi kuasa.Kerana itu juga mereka terus mendesak Presiden PAS mengambil tanggungjawab penuh dan mereka (DAP & PKR) telah berjaya mempermainkan PAS dalam hasrat mereka untuk mendapatkan sokongan gereja terhadap perjuangan politik mereka.

Semakin hari hari jelas Islam itu dinodai dengan sifat manusia yang jelas gilakan kuasa dan lupa adap bercakap benar dan dalam hal isu kalimah Allah ini siapakah yang sebenarnya menipu?



Presiden Parti Islam mengatakan DAP telah menerima penjelasan Nik Aziz dan Pengerusi DAP Karpal Singh jelas mengatakan mereka tidak sama sekali menyentuh isu kalimah Allah?

Kita pasti dengan jawapan yang bakal kita terima dari semua pihak terutamanya PAS & PKR bahawa kenyataan diputar belit.  

Sesekali diputar belit mungkin juga tetapi kalau dah selalu mengatakan orang putar belit kenyataan maka ianya jelas menunjukkan tuan punya badan itulah yang selalu putar belit!



Jika tidak dibincangkan kenapa pula pemimpin yang diangkat sebagai ulamak ini semua membuat kenyataan yang boleh dikatakan menipu? Yang jelas DAP tegas dan konsisten dalam percakapan mereka dan ramai orang  Islam juga lebih percaya apa yang diungkapkan Karpal Singh daripada Presiden PAS kerana beliau konsisten jarang menuduh media putar belit kenyataanya!.

Semakin hari Islam hilang serinya disebabkan sifat ulamak-ulamak yang mengejar kuasa politik..Bayangkan pandangan umum terhadap agama yang seharusnya mulia dan orang islam tidak harus berputar belit dalam percakapannya tetapi demi politi, islam entah kemana tetapi nafsu mengiringi mereka pada setiap percakapan mereka.

Pelik dengan apa yang sedang berlaku di PAS dan semakin kelam kabut pemimpin PAS untuk memastikan terus dilihat bersatu hati dengan DAP..retak menanti belah antara PAS & DAP..mungkin? 

Semakin berbelit belit setiap ungkapan pemimpin Islam kita seolah-olah Islam itu tidak akan berjaya didakwahkan tanpa sokongan politik orang bukan islam.!! Yang lebih padahnya bila terpaksa akur kepada kafir yang jelas menetang Islam dan kita pula mengatakan mereka menyokong Islam. Adakah kita pekak atau telah buta hati dalam minda kita dan lupa kepada Allah kerana kuasa politk dan nikmat dunia sebagai orang politik.

PAS perlu berjuang sendiri dan bukan denagn DAP & PKR. PAS akan lebih dihormati dan mampu menjadi alternatif terbaik bagi rakyat Malaysia dan dneagn tidak bersma DAP & PKT maka kuranglah juga putar belit dan lebih fokus kepada dakwah islam untuk rakyat Malaysia melalui perjuangan politiknya.  


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.