`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, February 2, 2013

Baner ‘ganas’ marahkan polis


BanerPolisMelihat kepada baner tentunya bersifat ‘ganas’ dan tentunya ada unsur-unsur perkauman. Pembawa baner atau pemilik van berkenaan begitu marahkan polis sehingga sanggup dan berani mempamerkan baner sebegitu. Sebenarnya bukan hanya kaum India yang marahkan polis.
Kes terbaru melibatkan kemarahan kepada polis apabila C.Sugumaran yang mati ditangan polis. Polis menembak mati Pua Bee Chun, isteri kepada Foo Voon Kong dalam insiden kejar-mengejar 2 minggu lalu. Dilaporkan ada 24 lubang peluru di tepi pintu kereta mangsa. Kes pemuda digari di Sabah dan dibalun polis juga menggemparkan.
Ingatkah tentang kematian remaja 15 tahun, Aminul Rashid juga mati ditembak polis. Penembaknya pada mulanya dikenakan penjara 5 tahun dan akhirnya didapati tak bersalah. Ruang kepada polis untuk semakin ganas.
Membaca dan mendengar kes tembak mati oleh polis yang terlintas di fikiran kita, mudah bagi polis untuk menyudahkannya. Tembak!!!
Ya, kita tahu polis terancam tetapi setakat mana yang polis dikatakan suasana dan kategori terancam tersebut!!

-ekeleh

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.