`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, February 22, 2013

BEKAS POLIS TAGIH PM TUNAI JANJI RM3,000



WAWANCARA...Hj Ramlie sedang diwawancara mengenai desakan kepada PM tunaikan janji-janjinya.

Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
SANDAKAN : Persatuan Bekas Polis Sabah (PBPS) Cawangan Sandakan mendesak Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak agar mengotakan janji-janjinya mengenai pemberian imbuhan yang disebut 'Bantuan Darurat' kepada anggota-anggota polis yang telah bersara (berpencen)sebanyak RM3,000.

Pengerusinya, Haji Ramlie Hj Mahali yang mewakili suara lebih 300 ahii PBPS mendesak kepada Perdana Menteri supaya dapat menunaikan janji-janji seperti yang telah diumumkan semasa Perhimpunan Rakyat Bekas Polis yang dilangsungkan di Kuala Lumpur pada 26 November 2012.
Hj Ramlie tidak menafikan, daripada jumlah 300 ahli PBPS, seramai 60 orang sudahpun menerima tuntutan imbuhan tersebut; sementara selebihnya masih lagi bagaikan menunggu 'buah tidak jatuh dari langit'.

Kata Hj Ramlie, dalam pengagehan Bantuan Darurat ini terbahagi kepada dua kategori iaitu bekas Polis yang telah berkhidmat sejak 1948 hingga 1992 di Semenanjung Malaysia yang layak menerima bantuan yang dimaksudkan.

Sementara Mantan Polis yang berkhidmat pada 1962 hingga 1974 di Sabah dan Sarawak juga berhak dan layak menerima bantuan tertsebut.



ALBUM....Hj Ramlie bergambar dengan Ahli Majlis Tertinggi PBPS.

"Sekiranya kerajaan dan Perdana Menteri gagal menunaikan janji-janjinya memberikan bantuan ini sehingga menjelangnya PRU 13 yang semakin hampir, maka sudah tentu parti pembangkang mengambil kesempatan untuk menyerang habis-habisan kerajaan BN/UMNO sebagai bahan kempen mereka untuk menggulingkan kerajaan yang sedia ada,” tegasnya.

Lagipun kata Hj Ramlie, daripada jumlah 300 ahli PBPS, tidak semestinya semua mereka pro kepada BN/UMNO kerana mungkin 40 peratus daripada mereka pro pembangkang.

Haji Ramlie menambah, ramai ahli PBPS termasuk balu-balu polis yang sudah memohon untuk mendapatkan bantuan tersebut tetapi amat mendukacitakan sehingga ke hari ini, hanya dimaklumkan masih dalam proses.

Hj Ramlie berkata demikian kepada Sabahkini.Net dalam satu sesi temuramah selepas mengadakan pertemuan dengan beberapa orang pemimpin kanan PBPS kelmarin.

“Untuk maklumkan, kami bukan mengugut Perdana Menteri, mahupun kerajaan kerana memandang PM sendiri sudah melafazkan janji-janjinya pada 26 November 2012, maka wajar tuntutan Bantuan Darutan ini tunaikan sejajar deengan slogan Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan," ujarnya lagi.

Sebagai tambahan, Hj Ramlie rasa terkilan kerana bekas Tentera, walaupun tidak berpencen tetapi layak menerima bantuan 'One-Off' RM1,000 setiap seorang ; maka tidak salah jika ahli-ahli bekas polis membuat tuntutan tersebut, apatah lagi sudah dijanjikan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.