`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, February 8, 2013

BK Residents Are Exposed to Life Threatening Toxic Gas!


http://mk-cdn.mkini.net/577/82aaa494db9444d2f199e2954dc5abc2.jpg 
Ahli jawatankuasa Pahang Raub Anti Cyanide di Perlombongan Emas (BCAC) telah memeriksa rekod pemantauan 12 Januari dan 20 Januari 2013 dan mendapati gas HCN telah dikesan setiap minit. Rekod pemantauan menunjukkan tahap kepekatan gas cyanide mencecah 0.5-0.8ppm kebanyakkan masa. Tahap kepekatan yang tertinggi adalah 1.11ppm!

Bancyanide BK 
Hasil Pemantauan Udara Menunjuk Bukit Koman Dicemari Gas Cyanide Yang Toksik!

Hasil dari pemantauan udara yang dilakukan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) di SJK (C) Yuh Wah menunjukkan tahap  hydrogen cyanide (HCN) yang tinggi  menyebabkan udara di Raub telah tercemar dengan gas TOKSIK!

Jabatan Alam Sekitar negara kita telah menetapkan had piawaian hydrogen cyanide untuk kawasan perumahan Bukit Koman sebanyak 10ppm, jauh lebih tinggi berbanding had piawaian keselamatan dan kesihatan pekerjaan, iaitu di bawah tahap 4.7ppm!

Setakat ini tahap tertinggi gas cyanide yang pernah dikesan oleh pemantauan JAS mencecah tahap 1.11ppm. Lokasi pemantauan ini adalah lebih kurang 1km dari kilang perlombongan emas, oleh itu tahap kepekatan cynanide sudah tentu lebih tinggi didalam kampong Bukit Koman! Maka tidak ada sebab untuk membiarkan penghuni kawasan kediaman didedahkan kepada ancaman udara bertoksid selama 24 jam sehari! 

Penduduk Bukit Koman Terdedah Kepada Gas Tosik Sepanjang Hari

JAS telah mula memasang alat pemantauan udara di SJK © Yuh Wah pada 3 Januari 2013 untuk menjalankan pemantauan selama 6 bulan. Papan tanda pula mula didirikan ditapak tersebut sejak 20 Januari. Hasil pematauan akan dikemaskini atas papan tanda tersebut setiap 5 jam. Menurut En Lokman, pengawai JAS yang bertugas di situ, JAS Negeri Pahang telah menghantar pengawai untuk menjalankan pemantauan tahap HCN dan pencemaran udara yang lain (10 parameter) sejak awal bulan Januari dan beliau menjalankan pemantauan selama 15 jam sehari. Ditanya mengapa tidak dapat menjalani pemantauan 24 jam, beliau jawab, “Saya dan mesin perlu berehat!”. 

Ahli jawatankuasa Pahang Raub Anti Cyanide di Perlombongan Emas  (BCAC) telah memeriksa rekod pemantauan 12 Januari dan 20 Januari  2013 dan mendapati gas HCN telah dikesan setiap minit, tidak ada satu angka yang menunjukkan “sifar”! Kita juga dapati angka “sifar” jarang sekali muncul pada pemantauan hari –hari yang lain. Rekod pemantauan menunjukkan tahap kepekatan gas cyanide mencecah 0.5-0.8ppm kebanyakkan masa. Tahap kepekatan yang tertinggi adalah 1.11ppm!

Keadaan ini adalah sangat serius, kerana udara semula jadi tidak mengandungi gas cyanide. Hasil pemantauan JAS ini mengesahkan udara yang disedut oleh penduduk setempat telah dicemari gas cyanide dan pencemar toksik yang lain, malah tahap pencemarannya jauh lebih tinggi berbanding negara lain!

Sebenarnya piawaian udara HCN di kebanyakan negara adalah jauh lebih rendah dari 0.2ppm, dimana had piawaian New York adalah 0.03ppm, Soviet Union dan Republik Czech pula masing-masing ialah 0.009 / 0.007ppm. Hasil pemantanan di  Bukit Koman menunjukkan pencemarannya jauh lebih tinggi dari piawaian udara negara-negara ini, malah adalah lebih 20 kali ganda dari piawaian New York yang dibenarkan.

Piawaian 10ppm Adalah Lebih Tinggi Daripada Piawaian Keselamatan Pekerjaan

Papan tanda yang didirikan JAS menunjukkan had piawaian yang ditetapkan oleh JAS adalah 10ppm. Setahu kita, Standard Kualiti Udara Persekitaran Malaysia (Malaysia Ambient Air Quality Standard) tidak merangkumi HCN, malah  piawaian keselamatan perkerjaan  (Occupational Safety and Health Act 1974) Malaysia adalah jauh lebih rendah, iaitu 4.7ppm! Kita nak tanya, bagaimana JAS boleh menetapi had piawaian di kawasan perumahan lebih tinggi dari piawian perindustrian / keselamatan perkerjaan?

BCAC pernah meminta JAS jelaskan had piawaian HCN berkali-kali, tetapi selama ini, JAS tidak pernah menjawab dalam laporan bertulis mereka. Pegawai JAS pernah menyatakan had piawaian yang digunakan adalah 10ppm, akan tetapi pihak JAS tidak dapat memaklumkan sumbernya. Kemudian dinyatakan pula, piawai yang dirujuk adalah digunapakai di Western Australia. Siasatan BCAC menunjuk tahap 10ppm sebenarnya adalah piawaian keselamatan pekerjaan untuk Western Australia, dimana piawai ini adalah tidak sesuai pakai di kawasan perumahan.

Piawaian keselamatan perkerjaan cuma sesuai digunakan untuk pekerja perindustrian, dengan had masa bekerja yang tetap (biasanya 8 jam); Berbeza dengan pekerja dalam kilang, penduduk di Buki Koman terdedah kepada ancaman gas cyanide selama 24 jam; piawaian keselamatan perkerjaan memang tidak sesuai digunakan untuk kampung yang mempunyai penduduk seramai 3000 orang ini.

Mengesahkan Aduan Kesihatan Penduduk Sejak 2009

SJK (C) Yuh Hwa adalah berjarak lebih kurang 1km dari kilang perlombongan emas, malah gas cyanide masih boleh dikesan di situ. Oleh itu kita percayai bahawa pencemaran dalam kawasan kampung adalah jauh lebih tinggi!

Selepas Raub Australia Gold Mine (RAGM) mula beroperasi pada Februari 2009, 300 orang penduduk dari kampung-kampung berdekatan melaporkan masalah kesihatan seperti gatal kulit dan ruam kulit, mata merah dan berair, ketidakselesaan tekak, sesak nafas, insomnia, mual muntah, sakit kepala, pening dan lain-lain. Pemantauan JAS ini sekali menunjukkan aduan selama ini adalah benar!

Tidak ada orang patut beritahu kita bahawa “angka-angka ini menunjukkan gas cyanide tidak melebihi piawaian, oleh itu tidak ada masalah!”, malah ada laporan sains yang menunjukkan pendedahan kepada gas cyanide tahap rendah dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan masalah kesihatan saraf, saluran pernafasan, saluran darah, dan kelenjar tiroid.

Nyawa adalah tidak ternilai! Kita menyeru kerajaan mengambil tindakan dengan segera dan menutup kilang Raub Australian Gold Mining di Bukit Koman  untuk mengelakkan penduduk setempat dari terus dianiaya. 

2012年2月7日

根据环境局在武吉公满育华华校所探测到的含山埃气体(氰化氢,HCN)指数已经说明,劳勿的空气已经被山埃污染了!

根据一些工业发达国家/ 先进国家的标准,山埃气体的允许暴露限值(工业安全标准限制)皆在4.7ppm以下!且暴露时间不能够超过10分钟~可是我国环境局却将武吉公满民宅区的含山埃气体指数顶限设为10ppm,远远高于我国的工业安全标准限制,这是极度荒谬和令人不能接受的!因为没有任何理由让人民居住的地方24小时暴露在工业有毒废气的威胁中!

目前测量到最高的山埃气体指数数据达到1.11ppm,探测地点距离金矿厂约1公里,所以从工厂所释放出来的山埃气体浓度肯定高出许多!

环境局在1月上旬开始派员到武吉公满新村每日探测HCN和其他污染指数,告示板则是在1月20日开始竖立。反山埃委员会第一时间到现场了解状况,在场驻守的环境局职员洛曼(Lokman)透露环境局于2013年1 月3 日开始在武吉公满育华华校架设空气探测器以进行空气探测,该空气探测器每日操作15小时,为期六个月,告示板的数据每五个小时更新一次。

委员会查阅了其中两天(1月12日和20日)的数据,发现探测器竟然每分钟都探测到山埃气体,没有一个数据显示“零”。后来再查阅其他日期的数据,发现出现“零”的次数极少。所看到的数据显示,大多数时候当地的山埃气体浓度高达0.5-0.8ppm,最高的指数1.11ppm。

这个情况非常严重,因为自然空气不含山埃气体,这些数据确认了村民呼吸的空气已受山埃气体污染,且污染指数远高于其他国家的限制!

上限竟高于工业标准

环境局竖立的告示板显示,该局设定的山埃气体标准限制是10ppm,但是马来西亚的空气素质指数(Malaysia Ambient Air Quality Standard)并没有涵盖HCN,有的只是工业安全标准,而且我国工业安全标准限制是4.7ppm,环境局怎么可能认为住宅区的上限还高于工业标准?

委员会曾多次向环境局询问山埃气体的限制标准,都得不到环境局的书面答复。环境局官员曾口头透露我国的标准是10ppm,但始终没法告知出处,后来则说是西澳标准,但经反山埃委员会查询后发现,10ppm其实是西澳的工业安全标准,不适用于公众民宅。

工业安全标准只适用于工厂内工作的员工,且都列明工作时限;有别于员工的是,居住在当地的武吉公满村民每天24小时都暴露在山埃气体中,工业安全标准肯定不适用于这个人口近3000的新村。

其实很多国家的HCN空气素质标准大都低于0.2ppm,纽约的标准是0.03ppm,苏联和捷克则分别是0.009/0.007ppm,武吉公满探测到的指数已远 高于这些国家的空气素质标准,甚至已超过大城市纽约的标准20倍以上。

长期暴露在山埃气体将严重影响健康

育华华校距离冶金厂一公里之外,尚能探测到山埃气体,相信村内的数据会更高。

村民也时常投诉在村里看到金矿厂发放烟雾,造成当地居民的健康频频出现状况,包括眼疾、皮肤病及呼吸困难的问题。

没有人应该告诉我们“数据显示山埃气体没超标,因此没有问题”,已有科学报告指出,长期低度暴露在山埃气体中可导致神经、呼吸道、心血管及甲状腺问题。

这次环境局的测试结果再次印证了村民多年的投诉和抗议。生命无价,政府理应即刻关闭村内的劳勿澳洲金矿公司,以避免武吉公满村民继续受害。

劳勿反山埃冶金委员会启

SJK(C) Yuk Hwa is more than 1 km from the RAGM CIL Plant can detected 1.1ppm! Can expected the Bukit Koman residents that nearer to the CIL Plant is expose to higher level of toxic gas
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.