`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, February 12, 2013

Gambar JMR- Anwar Ibrahim BERPELUH di Sarawak

Tatkala Najib mencatat sejarah buruk dalam kariernya sebagai Perdana Menteri apabila ditolaksecara terang-terang oleh rakyat Pulau Pinang semasa konsert PSY, Anwar pula terus mencipta kegemilangan peribadi apabila kunjungan beliau di sana mendapat sambutan rakyat dari segenap lapisan masyarakat.

Antara rintihan yang paling memilukan adalah sepanduk 'Majukan Baram' yang mana jelas sekali menunjukkan masyarakat Baram tertindas sehingga sekarang. Kemajuan jauh panggang dari api. Ini kalilah!!!!
Kedatangan Anwar Ibrahim disambut meriah oleh penduduk pekan Beluru, Bakong petang tadi.


Anwar Ibrahim berucap di depan Pasar Rakyat Beluru, Bakong di Baram, Sarawak.
Disambut meriah sebaik tiba di lapangan terbang Miri, Sarawak tengah hari tadi.
Waterfront Commercial Centre, Miri


Sambutan Tahun Baru Cina diteruskan Anwar ke Sarawak pada hari ini. Program dimulakan dengan ceramah Anwar ‘Solusi Baram’ di Beluru Bazaar, Beluru, Bakong.

7.00 malam tadi Anwar bersama pemimpin Pakatan Rakyat meneruskan program Makan Malam Gong Xi Fa Cai di Restoran Cina Mega Hotel, Miri. Acara diakhiri dengan Ceramah Perdana Gong Xi Fa Cai di Waterfront Commercial Centre, Miri bermula jam 8.00 malam.

Selain Anwar, penceramah dibarisi, Pengerusi KEADILAN Sarawak, Baru Bian, Ali Biju, See Chee How dan Dr Michael Teo Yu Keng.

Semoga PR berjaya memerintah kali ini demi kemajuan hidup rakyat secara menyeluruh.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.