`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, February 21, 2013

GEMPAR! MB KEDAH LETAK JAWATAN??



Menggemparkan! Sila baca :
Sebanyak 11 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah dipercayai sepakat mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak supaya berundur dan melepaskan jawatan Pesuruhjaya Pas negeri kerana dianggap lemah dalam menerajui parti itu. 
Ketua Unit Peti Undi (UPU) Pas, Megat Dewa Asri Ahmad mendakwa, kelemahan kepimpinan Azizan yang gagal menyelesaikan masalah dalaman parti menyebabkan ramai di kalangan anggota PAS tidak berpuas hati dengannya serta berasa kecewa. 
"Dari segi pentadbiran negeri tak dak masalah, tapi dalam parti beliau sangat lemah dan kami mahu beliau melepaskan takhtanya sebagai Pesuruhjaya Pas," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Komplek Pas Kedah Batu 9, Kota Sarang Semut dekat sini hari ini. 
Asri mendakwa antara 11 DUN yang mahu Azizan berundur ialah Kota Siputeh, Bandar Baharu, Alor Mengkudu dan Merbau Pulas.  
Dakwanya desakan itu sebenarnya disokong Dewan Ulama Pas Kedah yang bermesyuarat hari ini dan perkara itu akan dibawa ke peringkat pusat untuk tindakan selanjutnya. 
"Kami bagi sokongan kepada Ulama dan mahu selesaikan perkara ini di peringkat pusat, minta Azizan turun... kami mahu PAS Kedah kembali kepada dasar yang ditetapkan, ulama adalah dasar perjuangan PAS," kata Asri.seterusnya
Bagaimana pun, Azizan mendakwa tiada masaalah yang berlaku.

Kelmarin pula, media melaporkan krisis besar yang berlaku dalam Pas Kedah apabila Timbalan Pesuruhjaya I negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi secara terbuka mengaku bersedia menggalas jawatan Menteri Besar sekiranya parti itu berjaya mengekalkan tampuk pemerintahan.
Kenyataan orang nombor dua Pas Kedah itu dibuat kerana khabar angin mengatakan Pas negeri berpecah tiga iaitu puak pro-Phahrolrazi, kumpulan pro-Datuk Seri Azizan Razak dan satu lagi memihak Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar sedang bertiup kencang. 
Malah beliau yang pernah 'berperang' dengan Azizan setelah melancarkan 'pemberontakan terbuka' pada awal tahun lepas apabila enggan menerima pelantikan semula sebagai Exco dilihat menyindir Menteri Besar itu yang diketahui umum menghadapi masalah kesihatan. 
Katanya, seseorang yang menjadi Menteri Besar pada zaman sekarang sama seperti sebuah kenderaan iaitu memerlukan enjin enam silinder untuk bergerak pantas dan kereta tersebut tidak boleh lagi bergantung kepada enjin tiga silinder jika tidak mahu ketinggalan. 
"Ada juga kumpulan yang berpendapat sedemikian (sesuai jadi calon Menteri Besar Pas di Kedah). Saya tidak akan meminta tetapi saya sentiasa bersedia," katanya sebagaimana dipetik daripada portal berita online Astro Awani di http://www.astroawani.com seterusnya
Perkembangan terbaru di PAS Kedah ini sangat menarik walau pun isunya sudah dapat dibaca dan dijangkakan.

Jika sebelum ini segalanya tampak elok secara luarannya, akhirnya nanah dalam PAS  meledak jua dan diketahui oleh rakyat sekalian.

Dengan indikasi-indikasi yang menunjukkan kejatuhan kerajaan PAS di Kedah, pekung busuk kepimpinan PAS Kedah seperti di atas sudah pasti akan memburukkan lagi pakatan pembangkang. - DrMiM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.