`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, February 13, 2013

GHANI OTHMAN GEMBIRA JUAL KFC HAK BUMI KEPADA CINA ?!



Exco Pemuda UMNO, Datuk Ahmad Zaki Zahid perlu tampil menjelaskan isu mengenai Kentucky Fried Chicken (KFC) yang menjadi buah mulut rakyat terutamanya orang Melayu. Pada bulan lalu, Mykmu yang bersandarkan tulisan blog Sanggahtokjanggut.blogspot.com meramalkan KFC yang berada di bawah kawalan Johor Corp akan dijual sebaik sahaja penstrukturan semulanya selesai.


Dalam laporan bertajuk “KFC :Surat Terbuka Kepada Menteri Besar & Ahmad Zaki Zahid” meminta Menteri Besar Johor campur tangan yang dalam isu ini jika benar KFC hendak dijual kepada pihak ketiga apatah lagi jika ia tidak membabitkan usahawan bumiputera.

Tulisan ini bukan merupakan usaha menyokong ekonomi perkauman. Tulisan ini hanya mahu mengingatkan Datuk Ahmad Zaki Zahid bahawa KFC dibeli oleh Johor Corp dengan harga berbilion ringgit menggunakan wang yang berasaskan dana menjaga kepentingan perniagaan bumiputera. Perbadanan Negeri Johor atau Johor Corp ini ditubuhkan untuk membantu usahawan bumiputera. Justeru segala dana asal dan juga hasil keuntungannya hari ini harus dibelanjakan atas dasar dan polisi yang sama iaitu menjaga kepentingan bumiputera.

Hari ini blog sanggahtokjanggut sekali lagi mendakwa bahawa KFC akan diambil alih oleh Lim Kang Hoo. Oleh kerana penulis blog ini dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan beberapa individu penting di Johor, maka ada asas untuk orang ramai merasa syak wasangka bahawa sememangnya ada usaha untuk menjual KFC bagi meraih keuntungan segera.

Ahmad Zaki Zahid selaku orang yang merencana penstrukturan semula ini harus datang ke hadapan dan menjelaskan kepada umum apa yang sedang berlaku sekarang ini. Jika dakwaan penjualan ini tidak benar, maka ia harus menafikan dengan segera. Telah beberapa kali beliau bertemu media massa tetapi tidak menjawab isu ini.

Sudah ada cakap-cakap bahawa pembabitan Lim Kang Hoo ini atas restu istana. Cakap-cakap ini tidak lebih kepada usaha menghalalkan apa yang akan berlaku ke atas KFC pada beberapa minggu akan datang. Istana Johor tidak akan masuk campur dala hal-hal sebegini. Justeru Ahmad Zaki selaku EXCO Pemuda UMNO Maaysia wajar tampi ke hadapan dan membuat penjelasan segera sebelum nasi menjadi bubur.

Ahmad Zaki tidak boleh berdiam diri kerana cakap-cakap sekarang ini boleh memberi kesan kepada Istana Johor, Menteri Besar dan UMNO Johor sendiri. Ini bukan syarikat Ahmad Zaki bin Zahid atau mana-mana individu. Ini syarikat yang dimiliki oleh kerajaan negeri dan bertujuan menjaga kepentingan ekonomi bumiputera. Justeru sebagai tunggak utama penstrukturan ini dan juga EXCO Pemuda UMNO, Ahmad Zaki harus tampil menjelaskan isu sebenar.

MYKMU

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.