`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, February 3, 2013

GONG XI FA CAI UNTUK SEMUA




HULUR SUMBANGAN....Salah seorang pengundi Warga Emas Gum-Gum menerima bantuan Gong Xi Fa Chai yang disampaikan Hj Zakaria.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
GUM-GUM : Masyarakat dan pengundi Cina di kawasan Gum-Gum tidak terpinggir dalam menerima apa saja bantuan dan prasarana daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) seperti masyarakat lainnya di kawasan ini.

Perayaan Tahun Baru Cina yang disambut saban tahun seperti perayaan-perayaan lainnya, rakyat pelbagai kaum tetap akan mendapat sumbangan daripada wakil rakyat BN yang mewakli kawasan masing-masing.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum-Gum, Datuk Hj Zakaria Hj Edris berkata demikian ketika berucap di majlis Penyampaian Sumbangan Tahun Baru Cina kepada lebih 360 warga emas yang berumur dari 55 hingga ke 60 tahun atas yang diadakan di Dewan Serbaguna SJK (C) Min Chung, pagi kelmarin.

Sumbangan sebegini rupa, kata Zakaria dilakukan pada setiap tahun menjelangnya Tahun Baru Cinadengan tujuan untuk meringankan sedikit beban bagi mereka yang menyambut perayaan tersebut.

“Sebagai wakil rakyat di kawasan Gum-Gum yang mewakili semua kaum saya tidak akan melupakan kepada semua pengundi-pengundi di kawasan ini; maka kebajikan semua kaum termasuk masyarakat kaum Tiong Hua terus terpelihara,” ujarnya.

Zakaria menambah, dengan adanya program penyampaian tersebut, ia akan menyuntik semangat untuk mewujudkan jalinan mesra dan keharmonian perpaduan yang intim antara satu kaum dengan kaum yang lain.

“Inilah keunikan negara Malaysia, khususnya di Sabah. Walaupun dengan perkongsian kuasa dengan beberapa suku kaum untuk menerajui kepimpinan dalam pembetukan kerajaan Barisan Nasional (BN); jelas telah membawa kesejahteraan kemakmuran kaum-kaum yang ada di negara ini. Kita telah berjaya membentuk gagasan 1Malaysia seperti yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Hj Mohd Najib Tun HJ Abdul Razak," jelas Zakaria.

Sehubungan itu, sambil menyeru masyarakat Tiong Hua di Gum Gum agar terus menyokong dasar-dasar kerajaan BN, bukan sahaja untuk kesejahteraan kehidupan mereka, tetapi kata Zakaria, demi untukmeneruskan usaha meletakkan Sabah dalam arus perdana pembangunan negara.

Tambah Zakaria, semoga dengan adanya majis-majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina 2013 ini akan membawa perpaduan dan kemakmuran kepada rakyat di negara ini agar keharmonian yang dipupuk selama ini terus terjalin.

Turut hadir pada majis tersebut ialah Ketua Pemuda Bahagian UMNO Libaran Suhaimi Hj Nasir; Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) Kamal Mohamed Said dan Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Roslie.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.