`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, February 22, 2013

HALATUJU KDM MALAYSIA MENGELIRUKAN.





Saudara Pengarang,
RAKYAT Sabah berbangsa KadazanDusun dan Murut keliru dengan halatuju pertubuhan KDM Malaysia yang diterajui oleh Datuk Peter Anthony.

Persoalannya, adakah penubuhan pertubuhan ini bertujuan membantu masyarakat KDM dari segi pembangunan sosial, akademik atau meningkatkan taraf ekonomi?
Semasa berucap dalam program bersama masyarakat KDM dan sambutan Tahun Baru Cina di Padang Bandaran Keningau baru-baru ini, beliau menyeru masyarakat KadazanDusun dan Murut menolak parti pembangkang.

Tindakan Datuk Peter memasukkan agenda politik dalam pertubuhan ini boleh menjejaskan kredibiliti beliau sebagai seorang pemimpin KDM.

Memasukan agenda politik dalam pertubuhan yang berasaskan kaum ini mampu menghancurkan perpaduan dan keharmonian masyarakat KDM yang terjalin sekian lama.

Perlu diingat oleh Datuk Peter, bukan semua lapisan masyarakat KadazanDusun dan Murut adalah sama dari segi ideologi politik. Dalam keadaan meminta sokongan rakyat dan perkembangan politik negara yang tidak menentu, kebijaksanaan dan ketelitian dalam tindakan oleh Datuk Peter adalah perlu demi kebaikan pertubuhan ini.

Masyarakat KDM khasnya, tidak mahu melihat pertubuhan ini hancur sebelum mencapai maksud atau intipati penubuhannya.

Tindakan memperalat dan mempergunakan pertubuhan KDM ini untuk kepentingan parti politik oleh Datuk Peter lari daripada tujuan asal penubuhannya.

Dalam program-program jelajah ke seluruh daerah di negeri Sabah membuktikan bahawa ia adalah satu bentuk program bermotifkan politik.

Ada perkara yang tersirat di sebalik jelajah KDM ke daerah seluruh negeri Sabah. Seorang pemimpin tertinggi parti UMNO dikhabarkan adalah penaja kepada aktiviti-aktiviti tersebut.

Kalaulah perkara tersebut benar, maka pertubuhan KadazanDusun dan Murut bagaikan retak menanti belah. Perpecahan bakal terjadi kerana ketiadaan integriti kepimpinan dalam pertubuhan ini.

Salam Hormat,

JACK ARUSAP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.