`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, February 4, 2013

JALAN MASUMBA KG. TAVIU ROSAK TERUK





Saudara Pengarang,
SELURUH penduduk kampung Taviu dan sekitar Telupid merasa sungguh kecewa kerana jalan ke kawasan ladang rosak teruk dan tidak dapat dilalui untuk mengeluarkan hasil tanaman.

Saya difahamkan bahawa syarikat Kekal Mewah Sdn. Bhd telah diamanahkan untuk menyelenggara Jalan Masumba Taviu, Telupid namun sehingga kini sudah 15 tahun syarikat tersebut tidak pernah muncul; meskipun dipercayai telah menuntut bayaran peruntukan.
Masalah ini telah diadukan kepada Pejabat Daerah Telupid, namun perkara ini seterusnya telah diabaikan oleh Wakil-Wakil Rakyat UMNO/PBS, di Beluran.

Wakil-wakil rakyat yang tidak berfungsi untuk melindungi rakyat seharusnya disiasat oleh SPRM kerana mungkin mereka ini terlalu sibuk mencari keuntungan peribadi sehingga lupa untuk menjalankan kewajiban terhadap masyarakat kawasannya.

Salam Reformasi,

JIKOL GAMBUD 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.