`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, February 2, 2013

Kenyataa SPR yang macam dajai...


Yang aku herannya depa-depa ni nampak macam langsung tak teringin beraksi adil tapi dalam masa yang sama depa-depa ni harap 'pembangkang' iktiraf depa dan anggap depa adil. Adil kepala hotak depa...

Sinarharian melaporkan:
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan parti-parti politik supaya tidak menjadikan tarikh pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) sebagai isu politik ketika demam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) semakin meningkat.

Kelmarin, Kerajaan Negeri Selangor dipetik berkata akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) selepas sambutan perayaan Cap Goh Meh. - Sinarharian.
Tak ka dajai punya statement macam tu? Tak reti langsung nak berlagak adil, memanjang nak beraksi macam 'si anjing Umno'.

Nama pun tarikh pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dah tentu-tentu berkaitan politik. Dah memang kerja orang politik untuk mempolitikkan apa saja selagi boleh. Maksud aku memang sepatutnya ahli politik usaha ambil political mileage sebanyak mungkin dalam apa keadaan sekali pun.

Lagi-lagi la kalau yang dah sah-sah berkaitan politik macam pembubaran parlimen Dan Dewan Undangan Negeri.

Sinarharian juga melaporkan:
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya percaya yang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ada tarikhnya, yang sesuai untuk membubarkan Parlimen.

Menurutnya, di dalam sejarah politik negara, tidak pernah Parlimen terbubar dengan sendirinya.

Justeru, Wan Ahmad berkata, isu pembubaran Parlimen tidak boleh dijadikan isu politik untuk kepentingan parti.

"Memang Menteri Besar (Selangor) ada hak nak bubar, tapi mereka kena minta perkenan sultan dahulu.

"Jangan politikkan isu tarikh pembubaran Parlimen ini, saya yakin Perdana Menteri sudah ada tarikhnya sendiri," katanya kepada Sinar Harian Online. - Ibid.
Pengerusi SPR dengan Timbalan Pengerusi SPR ni tak habih-habih nak back up pemimpin Umno. Tak habih-habih nak puji pemimpin Umno BN dan dalam masa yang sama memanjang cari peluang untuk memperlekehkan pemimpin 'pembangkang'.

Yang aku herannya depa-depa ni nampak macam langsung tak teringin beraksi adil tapi dalam masa yang sama depa-depa ni harap 'pembangkang' iktiraf depa dan anggap depa adil. Adil kepala hotak depa apanya kalau selalu sangat buat statement macam dajai macam ni.

Pada aku memang dah takdak cara lain untuk SPR dilihat adil dan telus kecuali puak-puak yang jelas sangat bermazhab Umno dalam SPR ni kena letak jawatan. Selagi depa-depa tu duduk kat situ selagi itulah SPR takkan dilihat adil dan telus.

- cenangau

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.