`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, February 7, 2013

KERAJAAN NEGERI KAJI ELAUN KETUA ADAT




TAHNIAH ... Hajiji (tengah) sewaktu menyampaikan sijil kepada Ketua Daerah Lahad Datu di Majlis tersebut.

Oleh: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Hajiji Noor, berkata kerajaan negeri akan mempertimbangkan cadangan menaikkan elaun atau gaji Ketua Adat dengan mengambil kira sumbangan mereka dalam memelihara kepentingan semua kaum di negeri ini.

Menurut beliau, cadangan itu diutarakan Ketua Adat bagi membolehkan elaun atau gaji merangkumi Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri (KAN), Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) dan Ketua Kampung dinaikkan.
Beliau berkata, kerajaan negeri akan menyemak semula pemberian elaun atau gaji berkenaan dengan tumpuan adalah memastikan usaha memperkukuh serta mengekalkan peranan Mahkamah Anak Negeri di negeri ini.

"Kita akan mengkaji semula cadangan ini dan buat pertimbangan sewajarnya bagi membolehkan elaun atau gaji mereka dinaikkan. Kita akan lihat daripada sudut sumbangan Ketua Adat kepada rakyat bumiputra Sabah terutama peranan mereka merapatkan hubungan pelbagai kaum.

"Apa yang penting Ketua Adat perlu terus mainkan peranan mereka secara berkesan dalam menyelesaikan masalah rakyat mengikut adat istiadat. Ini penting bagi memastikan Mahkamah Anak Negeri sentiasa relevan setanding institusi mahkamah lain," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penangguhan Persidangan Ketua-Ketua Adat peringkat Negeri di sebuah hotel terkemuka di sini, kelmarin.

Hadir sama, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Ghulam Haidar Khan; Presiden Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (MHEANS), Datuk Zakaria Edris dan Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Raymond Loundrise.

Persidangan tiga hari itu yang bermula Sabtu lalu dihadiri kira-kira 400 Ketua Adat dari seluruh negeri ini dengan pembentangan sembilan kertas kerja.

Pada majlis itu, Hajiji turut menyampaikan sijil kepada Ketua Adat dari 31 daerah seluruh Sabah.

Hajiji turut menggesa Ketua Adat agar mengutamakan keberhasilan secara holistik terutama dalam soal menyelesaikan kes membabitkan adat istiadat di Mahkamah Anak Negeri.

Beliau berkata, tumpuan bukan saja perlu diberikan ke atas jumlah kes yang perlu diselesaikan tetapi kejayaan menyeluruh termasuk melahirkan masyarakat celik undang-undang sekali gus mencapai matlamat sifar jenayah.

Selain itu, katanya, perubahan juga perlu dibuat dalam aspek birokrasi bagi memudahkan masyarakat berurusan yang mana perkhidmatan diberikan perlu dilakukan secara cekap, cepat dan berkesan.

"Ini penting memandangkan ada yang berurusan antaranya datang dari jauh dan kurang berkemampuan. Justeru, apabila urusan mereka dapat diselesaikan dalam tempoh singkat, ia pasti menyenangkan mereka," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.