`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, February 6, 2013

MAFIA CPO HIDUP MEWAH ATAS KECUAIAN POLIS?






Oleh : PAPARAZZI SABAHKINI.NET
TUAH ayam nampak di kaki, tetapi tuah seorang PATI dari Bulukumba, Indonesia terserlah setelah mendapat Sijil Lahir dan IC sehingga berjaya memiliki 12 buah kenderaan dan harta bernilai lebih RM2 juta; malah menjadi MAFIA yang menjadikan Polis Peronda dan JPJ sebagai 'kuli' yang boleh dicaci dan dimaki.

Walaupun bapanya, Elias yang menjadi Mandor dan ibunya, Hajjah Suhaini merupakan Pendatang Asing yang bekerja di Ladang Morisem 4, namun Mohd Ali Asdar dapat bersekolah di SMK Agaseh tetapi tidak dapat melanjutkan pelajaran kerana tidak mempunyai Sijil Lahir dan Mykad dan terpaksa menggunakan pasport atas jaminan ladang.
Tetapi setelah memperolehi Sijil Lahir atas nama Supriandy yang dibeli dengan harga RM8,000 daripada seorang Jawa, warga Indonesia, Suparlan Suparni yang dikesan menggunakan MyKad Palsu bernombor 530608-12-5441; maka hidup malang Mohd Ali Asdar mula berubah.

Agak mengejutkan bagaimana seorang Pegawai JPN di Lahad Datu (sudah bersara) boleh membantuMohd Ali Asdar mendapatkan Mykad bernombor 760106-12-6173 atas nama Supriandy Suparlan sedangkan jelas tertera di atas Sijil Lahir bernombor TWU 107/76 statusnya BUKAN WARGANEGARA kerana bapanya Suparlan Suparni dan ibunya, Nurbaya Ibrahim bukan warganegara.

Mengikut siasatan Paparazzi, Suparlan masih menjadi Tukang Sapu di Hospital Tawau tetapi anaknya, Supriandy sudah lama pulang ke Indonesia sehingga beliau membuat keputusan untuk menjual Sijil lahir Supriandy kepada Mohd Ali Asdar.

Setelah mendapat MyKad kehidupan Mohd Ali Asdar berubah 360 darjah kerana selama ini tidak pernah menyangka MyKad Malaysia mempunyai kuasa yang luarbiasa sehingga boleh menukarkan hidupnya daripada membanting tulang kepada 'mengira wang' dan menjadikan Pegawai Polis dan JPJ sebagai 'Kuli' yang boleh diberi gaji sesuka hati.

Mohd Ali Asdar @ Supriandy kini adalah MAFIA penyeludupan Minyak Sawit Mentah (CPO) yang paling digeruni di Lahad Datu kerana pernah menampar dan mengugut Pengurus Kilang Sawit Ladang Permai, Punithan Tanashingam pada januari lalu.

Mohd Ali Asdar juga adalah suspek utama yang mengebom kereta Bekas Pengurus Ladang Permai, Sara, ketika kereta berkenaan diletakkan di Lorong 1, Sri Perdana betul-betul di hadapan Cendol Cafe; namun kesnya ditutup begitu sahaja.

Akibatnya, syarikat Mohd Ali Asdar disenarai hitam di Ladang Permai oleh pemilik ladang berkenaan, Tradewinds Sedn.Bhd; namun MAFIA paling licik ini menggunakan syarikat lain untuk menjalankan kerja kontrak di Ladang Permai.

Mengikut siasatan Paparazzi, Ladang Permai menjadi lokasi utama Mohd Ali Asdar mencipta wang ringgit dalam masa yang singkat. Modus operandinya amat mudah. Mohd Ali Asdar akan membeli CPO daripada pemandu lori tangki yang akan mengepam keluar satu hingga dua tan ke dalam lori tangki milik Mohd Ali Asdar dan mendakwa sebagai tertumpah ketika dalam perjalanan atau dengan mengisi lebih minyak berkenaan.

Daripada rangkaian pemandu yang tidak jujur dan pecah amanah ini, Mohd Ali Asdar berjaya 'merompak' tidak kurang 100 metrik tan CPO sebulan dengan menggunakan tiga buah lori tangki yang KALIS serbuan JPJ dan Polis Peronda.

Malah agak memeranjatkan kerana Lembaga Pelesenan Minyak Sawit Malaysia (MPOB) juga gagal menghalang kegiatan haram Mohd Ali Asdar menjual CPO di pasaran gelap.

Walaupun baru berusia 34 tahun, berbanding umur dalam MyKad Supriandy, 37 tahun, namun Mohd Ali Asdar mampu menjinakkan Pegawai Polis Jenayah Komersil agar tidak mengambil tindakan terhadapnya sekalipun berpuluh fail siasatan dibuka terhadapnya.

Persoalannya, apakah Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Shamsuddin Mat dan para pegawai kanan polis seperti Inspektor Shahrulzaman (Jenayah Komersil); Inspektor Rony (Trafik dan Ketenteraman Awam); Inspektor Mutalib dan Inspektor Josephine (Jabatan Siasatan Jenayah) turut berada dalam genggaman Mohd Ali Asdar?

Jika tidak, kenapa 11 laporan polis yang telah dibuka fail oleh JSJ masih belum disiasat? Apakah kerana Asdar mempunyai banyak wang, maka kesemua Pegawai Kanan Polis berada di bawah gengamannya; bersubahat dan hidup mewah berkongsi harta curi?

Kes jenayah terbaru Mohd Ali Asdar ialah ugutan bunuh terhadap bapa mertuanya, namun sudah pasti akan dilengahkan kerana polis masih belum menjalankan siasatan; sekalipun laporan sudah dibuat pada 15 Januari 2013.

Hasil kegiatan haramnya, sehingga ke hari ini, Mohd Ali Asdar sudah mempunyai Bengkel Larik atas nama 'Afford Properties' yang terletak di Batu 5, Jalan Tengah Nipah yang bernilai lebih RM1 juta.

Hasil siasatan Paparazzi, Mohd Ali juga memiliki 2 buah lori tangki; sebuah kereta mewah Fair Lady; dua buah Vigo D/Cab Hilux; 2 buah Hilux singel cab dan tiga buah lori tiga tan bagi mengangkut minyak curi CPO.

Setiap hari, Mohd Ali Asdar berjaya menjual minyak CPO yang dicuri di pasaran gelap bernilai lebih RM10,000.

Sebagai MAFIA ternama di Lahad Datu, Mohd Ali Asdar bukan sahaja mampu hidup mewah, malah meninggikan egonya dengan memborong semua nombor 7337 atau sinonim sebagai nombor pendaftaran semua kenderaan miliknya.

Berikut ialah nombor kenderaan milik Mohd Ali Asdar iaitu SD7337J & LD7337 (VIGO Hilux D/Cab); SB7337B (Fair Lady); SD7337A (Lori Isuzu Pick Up); SAB7337B (Motor Skuter); SD7337F (Singel Cab Hilux); SD7377J (Singel Cab Hilux); SD3737H (Motorsikal EX 5); SD3377C (Nissan Lori Tanker); SD3377E (Nissan Lori Tanker); SAA6530B (Tanker) dan SD3773H (Tanker).

Mungkinkah Panel RCI berminat untuk mengetahui siapakah Pegawai Pencen yang membantu Mohd Ali Asdar mendapatkan MyKad dan menukar data di dalam Sijil Lahir sehingga mendapat taraf warganegara Malaysia?

Daripada siasatan Paparazzi, ramai pemandu lori tangki CPO semakin takut untuk bekerja kerana dipaksa Mohd Ali Asdar untuk mencuri minyak daripada syarikat mereka sekalipun hasil curi berkenaan akan dibahagi tiga iaitu pemandu, pekerja kilang dan juga Mohd Ali Asdar sendiri.

Mereka mengharapkan agar Polis Bukit Aman turun padang ke Lahad Datu bagi menghentikan kegiatan haram ini dan melepaskan mereka daripada gengaman Mohd Ali Asdar kerana tidak yakin Polis Lahad Datu mampu melakukan pendakwaan; malah terus tersenyum (simbol kemasukan) jika ada laporan dibuat terhadap Mohd Ali Asdar!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.