`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, February 6, 2013

Mari kita MenTalqinkan UMNO dan BN




Kita biarkan Muhyidin melalak sana sini. Dia kata menawan kembali Pulau Pinang bukanlah perkara yang mustahil. Hendak menyedap hati sendiri dan pendengar, boleh lah. “kita ada pasukan yang boleh mentadbir Pulau Pinang lebih baik”. Benar- kamu sudah memerintah Pulau Pinang lama sebelum Guan Eng jadi KM. apa yang dicapai oleh pasukan kamu? Orang Melayu merempat, berniaga tidak teratur, kontrak2 kerajaan disapu semua oleh gerombolan UMNO.

Kita biarkan Najib susun batu bata surau sana dan sini. Sambil itu boleh bercakap mengenai wasathiyah. Kalaulah wasathiyah menjadi panduan dan pedoman hidup UMNO, kita tidak ada skendal pembelian scorpene, tidak ada puspahanas, tidak ada skendel NFC dan puluhan lagi kes samun dan rompak harta benda rakyat. Fakta nya, konsep wasathiyah itu hanya dipakai untuk menjual bangsa Melayu. Bangsa Melayu ini mudah dihamba-abdikan pemikiran mereka sehingga berfikiran kalau UMNO tidak ada dalam hidup mereka, maka dunia orang Melayu akan hancur lebur.

Demikianlah buruk nya keadaan pemikiran dam minda orang Melayu, yang rata2 nya miskin dan 8.7 juta dari mereka hidup dengan pendapatan RM1500 kebawah, sanggup menunjukkan perasaan bertegas dan berdegilan mahu anak2 mereka bayar PTPTN dan bayar denda AES. Bukan rosak pemikiran orang Melayu? Kita tawarkan pendidikan percuma , dia hendak bayar? Kita nak hapuskan AES, mereka berdemonstrasi mahu bayar? Kaya sangat ke orang Melayu? Sedar atau tidak , bila bayar maka yang kaya ialah kroni UMNO. Yang kaya, syarikat Beta Tegap yang mencadangkan AES. Sedangkan yang mati ramai dijalanraya ialah penunggang motosikal.

UMNO dan BN menang hanya dalam kepala mereka sahaja. Diseluruh negara, gelombang perubahan melanda merempuh segala pembohongan dan penipuan yang UMNO lakukan.

Saya mengajak pembaca budiman berfikir. Najib ada duit. Najib ada pengundi hantu- indonesia, Myanmar, kemboja, Nepal dan lain lain. Najib punya poll rating masih ok. Jika ada semua ini apa pasal tak buat PRU lagi? Sebab nya satu sahaja. Setelah telek sana sini, ramal sana sini, jumpa sami Hindu , Siam dan bomoh jawa- semua berkata Najib akan kalah. Benarlah seperti kata Tun Daim- nombor 11 kesukaan Najib adalah juga lambang batu nisan untuk Najib dan UMNO.

Kalau ditunda lagi, maka rakyat akan menterjemah ketakutan melakukan PRU sebagai BN dan UMNO sudah kalah.

Saya berada di negeri Perak. Menyertai ceramah yang dianjurkan untuk menyokong calun2 PR. Dari Kuala Kangsar dengan Dr Raja Iskandar saya berceramah di Parlimen Larut. Walaupun Rafidah Aziz sejak akhir2 ini kerap pulang ke Kuala Kangsar, dia tidak dapat membendung keinginan rakyat Perak menghukum kumpulan yang merampas kuasa rakyat. Rakyat Perak, berbeza dengan rakyat dalam negeri lain, mempunyai misi yang khusus- mengembalikan kuasa rakyat kedalam tangan rakyat. Maka balasan yang terbaik orang Kuala boleh lakukan ialah meyokong dan mengundi Dr Raja Iskandar sebagai wakil parlimen mereka. Halakan kemarahan dan kebencian kepada Rafidah Aziz sebab dia lambang pemerintah yang zalim. 

Parlimen  larut mempunyai 3 kerusi DUN. (1) Selama (2) Batu Kurau (3) Kubu Gajah . keputusan dalam PRU12 dahulu adalah seperti berikut:-

Untuk kerusi parlimen, Dato Hamzah Zainudin menang dengan majority sebanyak 1911 menewaskan calun PAS Dr Dhari Osman. Kali ini Hamzah akan ditentang oleh bekas pegawai tingi PDRM, Dato Fauzi Shaari. Bila Hamzah(Melayu ) tewas, dia akan diganti dengan Fauzi(Melayu). Orang Melayu tidak rugi apa2.

Maka tidak benarlah apa yang didakyahkan oleh UMNO- jika UMNO tewas, Melayu akan rugi. Kita mesti nyahkan dari kepala kita, tanggapan bahawa hanya Melayu dalam UMNO itu sahaja yang Melayu. UMNO sekarang menjual nama bangsa untuk kepentingan peribadi. Depan orang ramai, jerit dan laung hidup Melayu- belakang rakyat rompak dan samun harta benda rakyat.

Rakyat mesti keluar beramai ramai untuk menyokong Dato Dato Fauzi Shaari.

Kita sudah memberi UMNO 55 tahun memerintah dan perkara terpenting yang mereka lakukan ialah( 1) menakutkan orang Melayu supaya berfikiran kalau UMNO tidak ada Melayu akan hancur, kalau UMNO tidak ada, Raja2 Melayu akan musnah dan jika UMNO tidak ada, maka Islam akan tergugat. (2) membodohkan orang Melayu.

Maka pencapaian terbesar UMNO ialah(1) menakutkan (2) membodohkan. Kedua perkara ini menghamba abdikan minda orang Melayu. Dimana maruah suatu bangsa jika minda nya dipenjarai?

Setiap hujung tahun, ketika saya menjadi ADUN dahlu, berpusu pusu orang Melayu yang susah bergolok bergadai untuk menampung persekolahan anak. Orang Melayu bersegera mendapatkan ADUN2 mereka meminta bantuan kewangan hendak beli alatan sekolah, bayar yuran dan 1001 belanja. Bahkan tambang untuk menghantar anak2 pun mintak dari ADUN. Tidakkah Melayu sudah dibodohkan jika sekarang kita tawarkan pendidikan percuma, tapi Melayu yang UMNO telah bodohkan menunjuk perasaan mahu membayar PTPTN? Apa sudah jadi kepada orang Melayu? Kaya sangatkah mereka mahu membayar PTPTN sedangkan dihujung tahun, terjadi perkara2 yang sebut diatas?

Demikianlah pencapaian UMNO selama 55 tahun. Kita sudah beri mereka 55 tahun, mengapa mahu 5 tahun lagi? Apa yang boleh UMNO lakukan dalam masa 5 tahun yang tidak mereka lakukan selama 55 tahun? Jangan beri sesaat pun kepada mereka.

Kita tahu Hamzah Zainudin ditawarkan untuk bertanding dimana2 DUN di Perak- Batu Kurau sebagai contoh. Tapi dia tidak mahu kerana mengikutnya, mengapa nak jadi ketua dalam negeri yang akan kalah? Orang UMNO sendiri pun sedar, PRU13 ini, UMNO akan tewas.

Warga Selama- N5 patut bertanya- adakah orang2 kampung selama diambil pusing oleh wakil UMNO? Kamu tidak lain hanya suatu perangkaan yang dilaungkan UMNO untuk dijadikan bahan menaikkan semangat perjuangan.
Dalam PRU12, pengundi Selama telah memberi calun UMNO kemenangan dengan majority 355 undi. Ada pengundi lihat Daud Mohd Yusuf datang berkhidmat kepada tuan2? Sebab itu pengundi Selama telah mengurangkan majority yang dipeorlehi Daud dalam PRU11 sebanyak 2000 undi kepada 355 undi dalam tahun 2008.

Keluarlah beramai ramai dan sokong calun PAS, ustaz Akmal seoarang anak muda lulusan Timur Tengah untuk mengangkat martabat dan maruah warga Selama.
N6 ialah kod untuk dewan undangan negeri KUBU GAJAH. Sekakarang ianya tempat Raja Bola, Raja Ahmad Zainudin Raja Omar. Tidak ada seoang pun rakan2 sekolah Raja Ahmad ini semasa kecil menyedari bahawa ada gelaran Raja pada nama nya. Saya berjumpa dengan 2-3 orang warga Kubu Gajah yang bersekolah dengan ‘Raja” Ahmad- tak seorang pun ingat dia dikenali dengan gelaran tersebut.

Tidak mengapa. Dalam PRU12, Raja Ahmad yang sekarang lebih popular dengan gelaran Raja sampah hanya menang dengan majority 66 undi. Sekali lagi dia akan ditentang oleh Ustaz Nazri Din. Warga Kubu Gajah boleh menyaksikan dengan mata sendiri prestasi yang ditunjukkan oleh Raja Ahmad. Dan bandingkan perkara tersebut dengan kesungguhan dan dedikasi Ustaz Nazri Din.

DUN N7 BATU KURAU

Dalam tahun 2008, kerusi ini dimenangi oleh calun UMNO  Kapt. (B) Datuk Mohd. Najmuddin Alias (BN) (7,023) dengan majority  2,439. Dia menewaskan calun PKR. Sekali lagi dia akan ditentang oleh calun PKR Ustaz Fadhil Elias.  Kita lhat sendiri pengurangan Majmudin Alias dari 4095 dalam PRU11 ke 2438 dalam PRU12. Ini membuktikan bahawa pengaruh calun UMNO kian menurun.

Semasa saya berceramah di Batu Kurau pada hari Pekan Selasa, teriakan ini kalilah berkemundang diudara. Semangat dan keinginan rakyat Perak untuk mengembalikan kuasa kedalam tangan mereka, setelah dirampas dengan ganas dan dengan cara yang paling kotor, mebuak buak menyebabkan mereka tidak sabra lagi menanti PRU13.

Maka pada PRU13 yang malang untuk UMNO dan BN, marilah kita sama2 mentalqinkan UMNO dan BN. biarkan nombor 11 kesukaan Najib menjadi batu nisan mengkuborkan UMNO.

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.