`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, February 12, 2013

Menteri gembira di Kuala Lumpur, rakyat di kampung derita



KUALA LUMPUR: Sejak rumahnya dirobohkan oleh penguatkuasa Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) pada 20 Januari lalu, Alias Muda bersama dua orang anaknya terpaksa meneruskan kehidupan, tinggal di balai raya Kampung Tuan, Chukai, Kemaman. (Gambar atas)

Penolong Setiausaha PAS Negeri Terengganu, Hanafiah Mat yang menziarahinya kelmarin berkata, Alias dan dua anaknya terpaksa tidur berlantaikan simen dan nasib serta masa depannya masih tidak menentu.

"Sudah masuk 3 minggu Alias dan dua anaknya tidur berlantaikan simen di balairaya Kampung Tuan setelah rumahnya dirobohkan oleh kerajaan Umno BN, sehingga kini tiada khabar berita daripada Pejabat Daerah Kemaman.

"Wakil rakyat yang diharap untuk menyelesaikan masalah keluarga itu, langsung tidak bertemu muka dengannya, harapkan JKKK yang tinggal berjiran dengannya kini bagaikan anjing menyalak bukit sahaja," ujarnya dipetik BuletinOnline.

Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Chukai berkata, inilah gambaran rakyat 'marhaen' yang hanya dinilai dan dibayar tempoh lima tahun sekali apabila tibanya pilihan raya.

Beliau hairan, bagaimana Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said selaku Ketua Umno Bahagian Kemaman boleh tidur lena dalam banglo mewahnya, sedang rakyat hidup dalam keadaan menderita.

Begitu juga, katanya, Menteri Belia dan Sukan yang berasal dari Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, boleh gembira hidup di Kuala Lumpur, sedang rakyat di kampung halamannya menderita.

harakah/-

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.