`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, February 13, 2013

PANAS! Dah Malu, Tuduh Pakatan Rakyat 'Sabotaj' Majlis Sendiri??

- Jalan Pulang


Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow mengesyaki majlis rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina anjuran parti itu, yang turut dihadiri perdana menteri pada hari Ahad lalu kononnya disabotaj pihak tertentu.

Teng dalam laporan akhbar Sinar Harian itu berkata demikian dengan merujuk kepada tindakan kumpulan tersebut, dalam majlis berkenaan, yang melaungkan "Tidak" apabila ditanya Najib Altantuya sama ada sedia untuk memilih BN.

"Saya percaya mereka dihantar untuk sabotaj rumah terbuka yang kita anjurkan ini dan kita dapati ada beberapa pengunjung yang hadir turut memakai baji seperti yang disarankan Setiausaha Agung, DAP Lim Guan Eng," katanya seperti dipetik akhbar itu.

Dalam ucapannya itu, Najib Altantuya antara lainnya bertanya para pengunjung sama ada mereka bersedia untuk menyaksikan persembahan rap Korea Selatan, Oppa Gangnam Style nyanyian Psy.

Najib Altantuya mengulangi soalan itu sebanyak empat kali dan para hadirin berkenaan menyahut "Ya" dengan bersemangat.

Sebahagian daripada mereka bagaimanapun menunjukkan reaksi berbeza apabila ditanya sama ada bersedia untuk "BN".

Kumpulan orang ramai di kawasan belakang padang tersebut menyahut "Tidak" dan tertawa.

Mereka juga ketawa apabila Najib Altantuya menyebut nama kolej Han Chiang dengan nama "Han Niang", ketika perdana menteri mengumumkan untuk menaik taraf kolej tersebut kepada sebuah kolej universiti.

DAP seterusnya cuba memalukan BN sekali lagi dalam satu majlis rumah terbuka anjurannya dengan menyoal tetamu yang hadir sama ada mereka akan menyokong parti yang membentuk kerajaan persekutuan itu.

Sementara itu, Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow dalam ucapannya semalam bertanya demikian dengan merujuk kepada soalan sama yang diajukan perdana menteri itu.

Ditanya sekiranya mereka sedia untuk menyokong BN, hadirin dianggarkan seramai 5,000 orang di Times Square Pulau Pinang itu melaungkan jawapan "Tidak".

Ditanya lagi sama ada mereka bersedia untuk DAP dan Pakatan, kumpulan berkenaan menjawab "Ya".

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.