`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, February 9, 2013

PENEROKA SUAN LAMBA PAPA KEDANA?



KUBANG KERBAU....kerosakan jalan adalah penyebab semua peneroka mengalami kerugian besar kerana buah sawit tidak dapat diangkut ke kilang. Gambar sisipan, Maji.

Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
SUAN LAMBA : Sudah hampir 20 tahun menyertai UMNO dan menjadi penyokong tegar kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak 1994 lagi, mereka tidak pernah mendapat pembelaan dari mana-mana wakil rakyat UMNO/BN.

Rancangan Suan Lamba yang diurus tadbir oleh Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKNS-SLDB) dari peringat 1 sehingga peringkat 3 hanya mempunyai peneroka jumlah seramai 700 orang.
Seorang anak peneroka, Maji Bin Majid yang telah bermastautin di Rancangan Suan Lamba sejak 41 tahun lalu sudah membuat permohonan beberapa kali bersama seramai 50 rakannya untuk menjadi peneroka di rancangan tersebut; tetapi tidak dihiraukan langsung oleh Pengurus Wilayah LKNS Suan Lamba sehingga ke hari ini.

"Pada masa yang sama, kami cuba meminta bantuan dari daripada ADUN berkenaan supaya anak-anak peneroka yang sudah berkeluarga dan beranak pinak diambil menjadi peneroka di rancangan tersebut supaya kami tidak berhijrah ke bandar,” jelas Maji yang kerana LKTNS mengikuti jejak FELDA sehingga mengabaikan tanggub jawab sosial mereka.

Bukan itu sahaja, kata Maji, pihak pengurusan LKTNS juga gagal menjaga kebajikan para peneroka di rancangan ini sehingga kebanyakan jalan yang rosak teruk di blok-blok ladang sawit tidak pernah disenggalarakan sejak bertahun lamanya sehingga mereka tidak dapat mengeluarkan hasil.

Kata Maji lagi, ekoran daripada kerosakan jalan di dalam kawasan ladang sawit, banyak buah sawit yang telah dituai tidak dapat di hantar ke kilang berhampiran kerana tuan punya kenderaan yang disewa tidak sanggup menggunakan jalan tersebut sehingga buah sawit yang tersadai di tepi jalan itu menjadi buruk.

"Sebagai penyokong tegar BN yang sering kali menyuarakan rintihan dan masalah kami di Rancangan Suan Lamba kepada pihak kerajaan tetapi tidak diambil peduli, maka saya dan 700 orang peneroka dari peringkat 1 sehingga peringkat 3 bertekad tidak akan mengundi mana-mana calon BN yang bertanding di kawasan Kinabatangan pada PRU 13 kelak. Ini janji kami,” jelasnya.

Maji yang kini dilantik sebagai Ketua Penyelaras Parti Pakatan Rakyat (PKR) Ranting Rancangan Suan Lamba dan akan membawa seramai lebih 700 peneroka yang membabitkan 1,000 penduduk di rancangan tersebut keluar daripada kengkangan UMNO/BN selepas Tahun Baru Cina ini,” jelas Maji kepada Sabahkini.Net dalam satu wawancara eksklusif, kelmarin.

“Buat apa kami setia kepada Kerajaan BN/UMNO tetapi mereka yang menjadi wakil rakyat terus meminggirkan kepentingan kami ini. Jelas kelihatan bahawa undi dan perjuangan kami kepada BN/UMNO diibaratkan air menitik di daun keladi. Sia-sia sahaja," ujar Maji lagi.

Tegas Maji, tidakkah pengurus ladang dan para pegawai LKTNS terfikir mengenai masalah para peneroka terbabit yang sedang berdepan kebuluran dan kemiskinan kerana kecuaian mereka?," tanya Maji yang meyakini hanya PKR sahaja mampu menyelesaikan masalah ekonomi mereka.

Maji turut mendesak agar Ketua Menteri Sabah memecat para pengurus dan pegawai LKTNS yang terlalu menindas kaum peneroka mereka harus dilakukan sebagaimana yang diambil terhadap Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) sebelum ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.