`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, February 20, 2013

Picture terbaek !!..Solute sama mokcik ini





Gambar ini sebagai satu sketsa bila time nak mengadap pilihanraya.

"Buat noheng"...

Siapa orang Perak mesti tau apa itu "noheng"..

Lihat pada ekpresi wajah makcik itu[gambar] seperti ada sesuatu yang dia tak puas hati. jenuh di pujuk dan dirayu tapi dia buat "noheng" je.

Ha ha ha... Solute sama mokcik itu,kerana buat muka 'noheng".

Kepada pengundi ingatlah, inilah masanya  semua rakyat marhaen kena tunjuk ego masing, kerana masa ini lah kita menjadi bos kepada Datuk Datuk atau Pak Menteri.Pada masa ini baru Pak menteri dan YB YB tau betapa kerdilnya mereka walau berjawatan bertaraf menteri.

Inilah rencah kehidupan serta tabiat segelintir Wakil Rakyat, bila dah dekat dengan pilihan raya baru nak ziarah dan menjenguk muka dengan rakyat, masa ini lah baru ada masa bersama rakyat dan baru ada masa  nak bagi itu dan ini .

Masa ini la sebuk sana sini sehingga sanggup meredah lumpor untuk  bertandang ke rumah buruk rakyat  untuk menjenguk muka kerana mau menagih satu undi dari rakyat marhaen.

Pada masa ini juga baru demer rase dan tahu bahawa demer tu hamba kepada rakyat..


Tetapi lepaih ngundi....!!


Komer tengok la perangai YB YB yang menang , tentu kulu kelor demer naik Mercedes sehingga langsung tak mandang rumah buruk pengundi. ha ha.

Itu la ragam dunia...



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.