`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, February 7, 2013

PULAU SHANGHAI DILIMPAHI PEMBANGUNAN




SOKONG....Penduduk Kg Pulau Shangsai sokong BN/UMNO pada PRU 13 nanti.

Oleh: SHAIMON S JUMADI
SEKONG : Penduduk di Kampung Pulau Shanghai dalam Parlimen Batu Sapi merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) di atas keprihatinannya membantu rakyat, terutama menerusi pembinaan rumah-rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di perkampungan tersebut.

Ketua Umno Cawangan Kampung Pulau Shanghai, Aplasin Ambai, memberitahu sebahagian besar penduduk Pulau Shanghai kini mempunyai rumah PPRT masing-masing; yang bukan sahaja memberikan keselesaan tetapi turut meningkatkan taraf hidup.
"Kami penduduk Pulau Shanghai ingin merakamkan terima kasih ini kepada Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman atas keprihatinan membantu kami menerusi pelaksanaan rumah-rumah PPRT itu.

"Saya yakin dan percaya keikhlasan kerajaan BN yang sentiasa membantu rakyat terutama di kawasan luar bandar akan menambah keyakinan rakyat terhadap kerajaan sedia ada," katanya di sini, kelmarin.

Aplasin turut memuji usaha Kerajaan Persekutuan yang sentiasa menitikberatkan pembangunan penduduk luar bandar dengan membina 28 buah rumah PPRT dan sebuah lagi sekolah Tabika Kemas di Pulau Shanghai.

Menurutnya, keprihatinan kerajaan BN ini sekaligus dapat menepis segala dakyah daripada pihak pembangkang sekali gus memberi kekuatan kepada kerajaan untuk mengekalkan pemerintahan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.

Katanya, komitmen pihak kerajaan dalam membantu rakyat yang tidak pernah putus membolehkan semua golongan akan dapat merasai nikmat pembangunan.

"Apalagi bagi kami yang tinggal di Pulau Shanghai turut menerima manfaat apabila sebahagian besar telah menerima rumah-rumah PPRT. Sebagai kubu kuat Umno di kawasan ini, saya memberi jaminan sesiapa pun calon BN pada PRU-13 akan menang dan dapat mempertahankan kerusi sedia ada.

"Rakyat tidak akan termakan dengan apa pun janji-janji pembangkang. Mereka hanya tahu berjanji kosong tetapi Umno yang menjadi tunjang kerajaan BN terus bekerja keras untuk memastikan setiap rakyat terbela," tegas Aplasin.

Sementara itu, bagi Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Pulau Shanghai, Adin Aplasin pula mengajak rakyat terutama pengundi-pengundi di kawasan Parlimen Batu Sapi agar memberi sokongan padu terhadap kerajaan BN.

Katanya, tiada parti melainkan BN sahaja mampu membawa perubahan dari segi pembangunan dan kestabilan politik ketika negara mencapai sebuah negara maju menjelang Wawasan 2020.

"Jangan rakyat terpengaruh dengan janji-janji manis pihak pembangkang. Mereka hanya cakap kosong saja tetapi kerajaan BN telah membuktikan kejayaan bukan hanya dari segi pembangunan dalam pelbagai aspek malahan perpaduan kukuh adalah matlamat utama kerajaan.

"Inilah kerajaan yang wajar kita beri sokongan. Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Musa atas keprihatinan menitikberatkan pembangunan di kampung kami selama ini," ujar Adin.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.