`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, February 1, 2013

RCI MENGUNTUNGKAN PAKATAN RAKYAT




TEMURAMAH.....Hj Ahdah sedang ditemubual mengenai RCI.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
SUKAU : Mantan Naib Ketua Bahagian UMNO Kinabatangan yang telah keluar meninggal BN/UMNO dan kini sebagai Ketua Cawangan PAS Kampung Batu Putih Kinabatangan, Haji Adhah Hj Sulaiman mengakui agak sukar dan mustahil mengalahkan dan menewaskan calon-calon Barisan Nasional (BN) khususnya daripada UMNO.

Kesukaran tersebut disebabkan calon BN, terutama DUN Sukau dan Parlimen Kinabatangan menggunakan wang ringgit dan menyalahguna kuasa bagi memaksa rakyat untuk mengundi BN, apatah lagi pengundi hantu semakin bertambah ramai pada PRU-13.
“Ini terbukti di mana pada PRU 12 , 80 peratus mereka yang memiliki Kad Pengenalan projek turun mengundi untuk memberikan sokongan padu kepada calon-calon daripada BN, khususnya UMNO sehingga BN memenangi dengan jumlah majoriti yang besar,” ujarnya.

Katanya ini, telah terbukti di mana Hj Adhah telah membawa kes rasuah (politik wang) ke mahkamah, namun keputusan mahkamah telah memihak kepada kerajaan BN.

Semasa diwawancara Sabahkini.Net mengenai RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja) Hj Ahdah menjelaskan dengan terperinci bahawa kerajaan BN hanya melaksanakan RCI sekadar mengesahkan kebanjiran para Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI); bukannya menyelesaikan atau memantau kemasukan mereka ke Sabah kerana yang sudah memiliki mykad berjumlah 1.3 juta.

"Jika kerajaan BN memang benar-benar ikhlas dan telus menjalankan penyiasatan RCI di Sabah; maka mereka wajib menggugurkan nama PATI yang menggunakan IC Projek daripada Daftar Pemilih," kata Hj Ahdah yang mendesak agar SPR menggugurkan nama mereka dalam kadar segera sebelum pilihanraya umum.

BN, kata Hj Ahdah tidak seharusnya gentar menghadapi Pakatan Rakyat jika benar menganggap Sabah sebagai Fixed Deposit, melainkan menyandarkan undi daripada PATI yang mendapat kerakyatan songsang.

Kata Hj Ahdah, beliau berkata tindakan kerajaan BN melancarkan RCI telah melukakan hati generasi kedua dan ketiga PATI yang tidak bersalah sehingga mereka mula membenci kerajaan BN.

"Kalau bapa dan ibu mereka diusir pulang ke negara asal setelah kad pengenalan projek mereka diambil oleh kerajaan, bagaimana perasaan anak-anak mereka yang dilahirkan di negara ini yang sudah menjawat-jawatan tinggi dalam jabatan-jabatan kerajaan? Tentu mereka marah dan memberontak bila mengatahui ibubapa mereka diusir. Akibatnya BN tahu natijahnya," kata Hj Ahdah lagi.

Tambah Hj Adhah, sekarang ini UMNO/BN dalam dilema untuk meneruskan penyiasatan RCI kerana banyak rahsia yang disembunyikan selama ini terdedah dan menjadi boomerang yang dilemparkan pemimpin BN sendiri.

"Jika kerajaan tidak mahu meneruskan siasatan RCI kerana bimbang kehilangan pengundi PATI, maka parti komponen yang selama ini mendesak penubuhan RCI akan memberontak dan meninggalkan BN," kata Haji Ahdah bahawa teori domino BN menimpa mereka sendiri.

Mengenai tuduhan Dr Mahathir bahawa Ketua Umum PKR terlibat dengan Sindiket MyKad untuk PATI, Haji Ahdah menyatakan rakyat kebanyak tidak percaya setelah menganalisa kes Liwat I dan II kerana hanya berunsur fitnah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.