`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, February 22, 2013

SADAN HUSSIN SEMAKIN BESAR KEPALA?




Saudara Pengarang,
SAYA merupakan salah seorang daripada beribu-ribu penduduk Tuaran yang muak dengan kelakuan Pegawai Kerja Majlis Daerah Tuaran, Sadan Hussin. Lebih-lebih lagi setelah membaca surat-surat mengenai Sadan yang telah dikirimkan kepada Sabahkini.net beberapa hari lalu.

Hampir kesemua kenyataan daripada mereka adalah benar. Sadan memang angkuh dan tubal. Saya pernah beberapa kali berhajat untuk berjumpa dengannya atas urusan rasmi, namun Sadan tidak akan berjumpa dengan saya. Mungkin sebab saya ini bukan kontraktor besar. Pembantu Peribadi (PA) nya tidak membenarkan saya berjumpa dengan Sadan dengan alasan dia sibuk, ada mesyuarat dan banyak lagi. Namun saya tahu, dia berada di dalam biliknya.
Baru-baru ini, sewaktu perasmian Piala Presiden ASTAKA (Persatuan Sepak Takraw Negeri) pada 11 Januari 2013 di Dewan Sulaman Tuaran yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, Sadan dengan angkuhnya tidak menghormati Ketua Menteri dan Datuk Hajiji.

Dia telah mengarahkan penghawa dingin Dewan tersebut dimatikan atas alasan pihak ASTAKA menggunakan dewan tersebut secara percuma dan kos untuk membiayai penghawa dingin tinggi.

Atas sebab itu, Datuk Hajiji telah memarahi dan menengking Sadan di depan khalayak ramai. Memang AMAT MEMALUKAN! Saya merupakan salah seorang yang berada di dalam dewan sewaktu perkara ini berlaku. Menurut Datuk Hajiji, Dewan Sulaman bukan milik Sadan tetapi rakyat jelata. Ini amat bertepatan sekali.

Menurut pihak penganjur, Pengerusi Mesyuarat iaitu Pegawai Daerah Tuaran dan Ahli-ahli Jawatankuasa telah meminta Majlis Daerah Tuaran untuk memberikan penggunaan Dewan Sulaman secara percuma memandangkan ini merupakan acara rasmi dan dihadiri oleh Ketua Menteri serta beberapa Menteri Kabinet.

Namun Sadan dengan angkuhnya tidak bersetuju dan berkeras meminta agar penggunaan dewan itu dibayar. Sekiranya tidak, penghawa dingin tidak akan dipasang.

Saya mencadangkan agar pihak Kementerian Tempatan mengambil tindakan drastik terhadap Sadan memandangkan dia seumpama 'KANSER' di daerah Tuaran. Semakin lama, semakin teruk dan akan merosakan Tuaran yang kita cintai.

Yang Benar,

AHMAD HAJI JALI
Rakyat Jelata Tuaran

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.