`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, February 8, 2013

Sebab Ni Raja Nong Chik Perlu Di Tolak Di Lembah Pantai


KUALA LUMPUR 7 Feb: Skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), isu kontrak RM30 juta yang dianugerah kepada anak Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin dan banyak lagi penyelewengan Umno simbol ketamakan dan kebobrokan pemimpin parti itu, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.Beliau mengulas keyakinan Nong Chik, Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai bahawa skandal NFC yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil tidak akan menjejaskan peluangnya untuk merampas semula kerusi Parlimen Lembah Pantai dari KEADILAN.

"Semua pendedahan tentang penyelewengan adalah refleksi kepada BN, dan Nong Chik adalah simbol kepada BN. Dari situ rakyat boleh nilai kewibawaan dan integriti beliau,” kata Naib Presiden KEADILAN itu.17 Mei lalu, Keadilan Daily melaporkan, Kementerian Belia dan Sukan menganugerahkan kontrak bernilai RM30 juta kepada Istijuara Sdn Bhd bagi projek memasang dan menyelenggara kelengkapan latihan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar, Johor.

Turut dilampir salinan surat tawaran rasmi daripada Kementerian Belia dan Sukan kepada Istijuara bertarikh 24 Ogos 2010 yang menunjukkan anak Nong Chik – Raja Farhana salah seorang daripada dua pengarah syarikat itu.Nong Chik yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, dalam kenyataannya pagi tadi turut menuduh Nurul Izzah kononnya lebih suka mengkritik berbanding berkhidmat untuk rakyat.

“Macam biasalah, ia hanya serangan negatif Umno yang menafikan hak saya untuk berkhidmat kepada rakyat. Mereka nafikan hak saya mendapat peruntukan RM2 juta setahun, penggunaan dewan, dan kerjasama dari DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), juga akses kepada media,” tempelak Nurul Izzah.“Pembuli seperti Nong Chik guna taktik kotor untuk serang saya.

Dia juga menyalahgunakan kuasa sebagai menteri  memacakkan bendera BN di Lembah Pantai secara haram,” tegasnya.“Apa yang saya pegang ialah integriti dan amanah, itu paling penting. Walaupun dinafi hak, saya masih boleh menjalankan tugas dengan menggunakan elaun yang saya terima untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Pada pilihan raya umum lalu, Nurul Izzah membuat kejutan apabila menewaskan Shahrizat dan menawan kerusi Parlimen Lembah Pantai dengan kelebihan majoriti sebanyak 2,895 undi.Kini, kerusi itu bakal ditandingi Nong Chik sekalipun terpalit dengan skandal anaknya yang mendapat tender kontrak berbilion ringgit, selain isu rampasan tanah Kampung Baru. ~keadilandaily

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.