`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, February 15, 2013

Suspek Rompak Ibu, Rogol Anak Ditahan




[SH] BATU PAHAT - Salah seorang suspek kes rompak dan rogol di Sri Gading di sini, 12 Februari lalu, hanya bebas 14 jam sebelum dia diberkas polis ketika sedang berjalan kaki, petang kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Mat Razali Awang berkata, suspek berusia 53 tahun itu ditahan sepasukan polis di Jalan Besar Sri Gading, di sini, sekitar jam 5.35 petang.

Menurutnya, satu pasukan khas ditubuhkan susulan kejadian berkenaan dan suspek berjaya dikesan melalui keterangan diberikan mangsa yang mengenali suara lelaki tersebut.

“Berdasarkan ujian saringan air kencing yang dilakukan polis, suspek didapati positif dadah dan kini dalam tahanan reman sehingga 20 Februari ini untuk siasatan terperinci.

“Polis kini juga sedang giat memburu seorang lagi suspek dan percaya dapat menahannya dalam tempoh terdekat ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Batu Pahat, di sini, semalam.

Mat Razali berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379 kanun sama.

Tambahnya, pihaknya mengharapkan kerjasama awam yang mempunyai maklumat berhubung suspek dan kes ini agar tampil bagi membantu siasatan.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Zulkifli Suhaili di talian 019-7516211 atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Sinar Harian semalam, melaporkan kejadian rompakan dan rogol ke atas seorang wanita serta anaknya selepas kediaman mangsa diceroboh dua penjenayah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.