`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, February 27, 2013

Wan Azizah tidak tersenarai bertanding PRU13


Perkara ini disahkan oleh Timbalannya, Azmin Ali walaupun mengakui wujud permintaan dan sokongan penuh akar umbi dan pimpinan tertinggi parti yang mahu Wan Azizah bertanding semula.
PETALING JAYA: Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tetap dengan keputusan untuk tidak bertanding dalam mana-mana kerusi pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Perkara ini disahkan oleh Timbalannya, Azmin Ali walaupun mengakui wujud permintaan dan sokongan penuh akar umbi dan pimpinan tertinggi parti yang mahu Wan Azizah bertanding semula.
“Beliau dah buat keputusan. Terpulang kepada tuan empunya badan. Kita tak boleh nak paksa,” katanya.
Berikutan itu, menurut Azmin nama Wan Azizah tidak disenarai sebagai calon PRU 13 dan menghormati hasrat bekas ahli parlimen Permatang Pauh itu yang mahu fokus kepada tanggungjawab sebagai Presiden parti.
“Jawatankuasa PKR Pusat akur dengan keputusan itu,” katanya.
Wan Azizah yang juga bekas ketua pembangkang pertama kali terjun bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh pada tahun 1999 dan berjaya mempertahankannya selama tiga penggal berturut-turut.
Beliau kemudiannya melepaskan kerusi itu bagi memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengukuhkan kedudukan pembangkang di Parlimen dan juga dalam arena politik negara untuk menentang Barisan Nasional (BN).
Tindakan itu menyebabkan beliau dilarang daripada bertanding semula di kerusi parlimen, namun tidak menyekatnya daripada bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Wakil yang gagal akan digugur
Sementara itu, ditanya mengenai kriteria calon, Azmin berkata pihaknya tidak akan teragak-agak menggugurkan nama mana-mana wakil rakyat yang gagal menunjukkan rekod bersih dan cemerlang sepanjang tempoh penggal lalu.
Beliau turut memberi jaminan sepenuhnya calon yang akan dikemukakan nanti terdiri daripada individu yang berwibawa selepas melalui proses saringan yang ketat sejak tahun lalu.
Katanya, PKR sudah belajar daripada kesilapan dan akan memastikan tidak ada lagi tragedi wakil rakyat parti itu yang keluar dan lompat parti.
“Proses calon ini telah dijalankan saringannya setahun lalu bagi memastikan calon benar-benar wibawa, komited dan tak khianat seperti sejarah lalu,” katanya.
Selepas PRU 12 (2008) menyaksikan enam ahli parlimen PKR keluar parti untuk menjadi ahli  Bebas dalam Dewan Rakyat.
Mereka adalah Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai), Wee Choo Keong (Wangsa Maju) serta N Gobalakrishnan (Padang Serai) yang dipecat dan meninggalkan PKR setelah dikatakan tidak sehaluan dengan kepimpinan Anwar.
Manakala lapan Adun PKR yang keluar selain meletakkan jawatan dalam parti sehingga memaksa pilihan raya kecil (PRK) diadakan masing-masing dua orang di Perak dan serta Sarawak dan seorang di Selangor  dan Pulau Pinang.
- See more at: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/02/27/wan-azizah-tidak-tersenarai-bertanding-pru13/#sthash.4NaXaMjQ.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.