`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, March 23, 2013

127 PERPUSTAKAAN DESA UNTUK SABAH




PECAH.....AZIZAH mengendalikan jentera ketika menyempurnakan upacara Pecah Tanah Perpustakaan Desa di Kg Rancangan Klias Beaufort sambil disaksikan Raslin, Wong dan Isnin.

Oleh : ABU BAKAR ESAH
BEAUFORT : Sebanyak 124 buah Perpustakaan Desa (PD) telah dibina di negeri ini membabitkan kos RM8.4 juta daripada peruntukan kerajaan negeri dan persekutuan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun berkata daripada jumlah itu kos pembinaan 75 PD dibiayai oleh kerajaan negeri dan selebihnya dibina menggunakan peruntukan kerajaan Persekutuan tidak termasuk tiga lagi PD yang akan dibina dalam masa terdekat ini
“Dalam kesempatan ini juga sukacita saya mengumumkan bahawa tiga lagi PD telah diluluskan iaitu PD Kg. Rancangan Klias, PD Kg Batu 58 Beaufort dan Kg. Kebimbangan, Semporna. Pembiayaan pembinaan ketiga-tiga bangunan ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan. Kita amat menghargai jasa, peranan dan sokongan yang telah diberikan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dari awal proses permohonan dikemukakan sehinggalah kepada kelulusan projek pembangunan Perpustakaan Desa ini,” katanya.

Azizah berkata demikian ketika merasmikan majlis Pecah Tanah PD Kg Rancangan Klias di sini, kelmarin.

Hadir sama, Ketua Pengarah PNM, Raslin Abu Bakar, Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Infrastuktur Sabah, Isnin Aliasnih, Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah (PNS), Wong Vui Yin, Pegawai Daerah Beaufort, Wong Foo Tin, Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKA), Mohd Noor Wahab, Ketua Daerah Dun Klias, Wong Samie dan Pegawai Kemajuan Masyarakat, Sabdin Maaruf.

Azizah yang juga Adun Klias turut memberitahu melalui Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK 10) pada tahun 2013 sebanyak 10 PD dinaiktaraf menjadi bangunan konkrit melalui peruntukan Projek Pengantian yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri sebanyak RM2.2 juta.

“Projek penggantian pada tahun ini melibatkan PD di Daerah, Papar, Keningau, Semporna, Pitas, Kota belud dan Beaufort,” katanya.

Menyedari peranan perpustakaan untuk menyemai budaya membaca, beliau berkata kementeriannya melalui PNS sentiasa merancang pembangunan perpustakaan sama ada Perpustakaan Wilayah, Perpustakaan Cawangan, Perpustakaan Desa ataupun Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak.

“Dengan terbinanya PD ini saya amat berharap semua masyarakat kampung ini akan menggunakan kemudahan yang disediakan dengan sebaik mungkin. Jika digunakan dengan baik PD ini akan membantu memanfaatkan para pelajar mencapai keputusan peperiksaan dengan lebih baik. Semoga lebih ramai para cendiakawan lahir di kawasan ini kelak dan dapat memberi sumbangan kembali kepada pembangunan daerah ini,” katanya.

Majlis yang dihadiri pemimpin masyarakat dan penduduk setempat itu diserikan dengan persembahan koir oleh murid Sekolah Kebangsaan (SK) Rancangan Klias.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.