`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, March 18, 2013

ANWAR MERANCANG, ALLAH MENENTUKAN



Siapa ini?


BELUM selesai dikaitkan antara orang yang didakwa di belakang gerakan pengganas menyerang Timur Sabah, Anwar mencetus satu lagi gelombang seks luar biasa apabila beliau didakwa sebagai orang yang mirip dalam gambar homoseksual yang sedang beredar secara aktif di pasaran maya ketika ini. Gambar-gambar tersebut pada mulanya disiarkan oleh portal online PAS tetapi telah dipadamkan atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

Rakyat Malaysia tidak terkejut dengan penyebaran gambar-gambar `still’ tersebut kerana dunia hari ini adalah dunia tanpa sempadan dan didepani dengan sistem langit terbuka dan rakyat juga tidak terkejut kalaulah benar gambar-gambar tersebut adalah Anwar yang sedang beraksi dengan seorang lelaki kerana pada yang mengenali Anwar, itu bukan perkara luar biasa.
Seperti biasa Anwar akan bangkit dengan wajah tidak keruannya menepis lelaki itu mirip beliau dan akan menuding kepada UMNO yang kononnya menyerang untuk mengaibkan beliau dan sekaligus menuduh itu adalah konspirasi UMNO mendedahkan perbuatan jijiknya, seolah-olah UMNO tidak ada kerja lain selain daripada mencari keluarbiasaan selera seks beliau.

Sepertimana beliau menuduh isu liwat beliau dengan Saiful didalangi UMNO dan dikonspirasikan oleh PM Najib sedangkan Saiful mendakwa kejadian tersebut berlaku bukan masa PM Najib sebagai Perdana Menteri tetapi sejak zaman Pak Lah lagi. Namun untuk mengabui mata rakyat dan menghina Najib, Anwar menyalahkan Najib dan tidak menyalahkan Pak Lah.

Tidak mustahil sekiranya bukan Najib menjadi Perdana Menteri, Anwar akan menyalahkan Perdana Menteri ketika itu sebagai dalangnya dan cara Anwar akan menyalahkan sesiapa sahaja bagi menutup kerakusan beliau untuk berkuasa.

Sedangkan isu liwat, PM Najib langsung tidak tahu menahu cuma secara kebetulan perbicaraan kes tersebut berlaku semasa Najib jadi Perdana Menteri. Ironinya sesiapa sahaja yang jadi Perdana Menteri kalaupun bukan Najib, orang itu akan disalahkan oleh Anwar.

Begitu juga dalam isu Lahad Datu, sebelum Nur Misuari mengaku sememangnya beliau ada pertemuan dengan Anwar, Anwar berdolak dalik memberitahu sebelum itu bahawa antara mereka tidak ada kaitan.

Namun bila didedahkan gambar-gambar pertemuan tersebut oleh sebuah portal Filipina, Anwar mengakui tetapi menjelaskan bahawa itu adalah pertemuan biasa. Ini kecekapan lidah Anwar yang tidak mampu ditandingi oleh sesiapa di abad ini. Kuat belit mamat ini!

Menuding dan meletakkan kesalahan kepada UMNO bukan perkara baru termasuklah kes liwatnya dengan adik angkatnya Sukma satu ketika dulu. UMNO juga dipersalahkan dan nasib baik bukan Najib Perdana Menteri.

Terpenjaranya beliau selama enam tahun kerana penyalahgunaan kuasa, UMNO juga dipersalahkan sedangkan undang-undang tersebut beliau sendiri bersetuju.

Begitu juga kes liwat dengan Saiful dan paling terbaru bila tersebar gambar-gambar yang dikatakan mirip beliau, UMNO juga dituding sebagai orang mendalangi rakaman tersebut.

Biarlah gambar bercerita...!

Begitu juga dengan Islam Liberal, LGBT dan berbagai-bagai lagi bentuk yang boleh menjadi rakyat dan negara ini rosak namun Anwar dan para pencacainya bersepakat seandainya timbul segala bangkangan, UMNOlah yang harus dipersalahkan. UMNOlah yang keji dan DAP, PKR dan PAS adalah semulia-mulia parti dan dipimpin oleh orang yang tinggi moral serta budi pekertinya.

Corak politik Anwar ini cukup jijik dan amat kotor sekali. Seolah-olah ingin memberitahu rakyat bahawa beliau dizalimi, difitnah dan mahu rakyat yakin bahawa beliau maksum, belau bukan peliwat, beliau bukan penzina, beliaulah penyelamat negara dan beliau tidak ada kena mengena dengan insiden pencerobohan Lahad Datu; sedangkan lagu Sabah Hilang yang beliau nyanyikan memberikan berbagai-bagai tafsiran.

Apa yang berlaku di Lahad Datu seolah-olah tidak memberikan kesan kepada kumpulan ini dan mereka lebih memilih untuk terus berkempen di pentas politik dan ada yang mengambil kesempatan mencerca tugas dan tanggungjawab pasukan keselamatan ketika ini.

Lebih malang lagi bila ada 5 Jeneral yang `gila’ turut mengkritik serta mencerca rakan-rakan mereka yang sedang berjuang di medan tempur bagi mempertahankan Negara

Ada yang kata kalau 5 Jeneral ini boleh tahan `bontot’ kepada Anwar apalah sangat dengan anak-anak muda yang baru kenal hidup dan kehidupan, lagi mudahlah digula-gulakan oleh Anwar dan barua-baruanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.