`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, March 14, 2013

DOUGLAS LINK KUTUK PENGGANAS SULU




SOKONG..... Datuk Douglas No.4 duduk dari kiri manakala Jamain Kalasang No.4 berdiri dari kiri bersama penduduk Kg Magunsop.

Oleh: JACOB BALANG
KEMABONG: Bekas Setiausaha Politik (Setpol) Ketua Menteri Sabah dizaman era kerajaan Parti Berjaya Datuk Douglas Lind mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan pengganas di Kg Tanduo Lahad Datu yang turut mengorbankan 9 nyawa Pasukan Keselamatan setakat ini kerana mempertahankan kedaulatan Negara manakala militan 56 orang.

Beliau berkata, tindakan kerajaan untuk bertindak tegas dengan menggunakan kekuatan kententeraan memerangi pengganas adalah tepat kerana tiada pilihan untuk mempertahankan maruah dan kedaulatan Negara.
“Kita tiada pilihan lain selepas beberapa perundingan dan juga mereka (pengganas) diberi pilihan supaya meletakkan senjata dan menyerah diri tetapi mereka masih juga memilih untuk melawan.

“Apa boleh buat, kita terpaksa berbuat sesuatu mengikut undang undang Negara...akibatnya 56 nyawa pengganas terkorban yang mendakwa kononnya mereka adalah Tentera DiRaja Sultan Sulu; sebaliknya adalah palsu,” kata beliau ketika menjelaskan kepada para penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kg Magunsop, Mukim Tomani dekat sini pada minggu lepas.

Selain itu, beliau menyeru rakyat khususnya mereka yang berada di kawasan luar bandar agar tidak mudah mempercayai khabar-khabar angin yang sengaja diuar-uarkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab yang antara lain tujuanya untuk menakutkan rakyat.

Di sebalik itu, terdapat juga khabar angin yang turut mengaitkan Ketua Pembangkang di dalam insiden pencerobohan tersebut kononnya Ketua Pembangkang itu bersekongkol dengan pihak musuh juga adalah tidak benar dan bermotifkan politik di mana salah satu taktik pihak tertentu ketika menjelangnya pilihanraya umum kali ke-13 (PRU13).

Dalam pada itu, Douglas mengajak para penyokong PKR khususnya di Kg Magunsop agar terus memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Ketua Umum Parti Keadilan Dato'Seri Anwar Ibrahim untuk terus memimpin PKR.

Terdahulu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Tenom, Jamain Kalasang mengalu-alukan kedatangan bekas Setpol itu yang telah menyertai PKR tahun lalu di mana kedatangan beliau banyak menyuntik semangat juang kepada ahli ahli PKR di situ.

Jamain berkata, dengan pengalaman yang diperolehinya semasa memimpin kawasan itu selaku Ketua Bahagian Parti Berjaya sekitar tahun 1980an sedikit sebanyak memberi manfaat kepada masyarakat di situ.

Kini jasanya yang turut terlibat merancang skim LIGS Kuala Tomani yang banyak memberi faedah ekonomi lebih 3,000 masyarakat luar bandar sepertimana yang dapat dilihat sekarang sudah pun dituai dan dinikmat rakyat di situ.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.