`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, March 21, 2013

FOOK SIEW SUMBANG OPS DAULAT






Oleh : ARSHAD HUSSIN
SEMPORNA : Pengerusi Fook Siew, Datuk Chao Yan San dan Timbalannya Datuk Chua Ching Wah diringi dua Ketua Masyarakat Cina, Kapitan Joseph Lo; Kapitan Ong Hang Seng dan ahlinya turun menyampaikan sumbangan 200 kotak mineral, 30 kotak maggie kepada IPD Semporna kepada Ketua Polis Daerah Semporna, Mohd.Firdaus Francis Abdullah.

Datuk Chao yang juga Ketua Masyarakat Cina Kawasan Bubul menjelaskan, sumbangan itu merupakan tanda sokongan penuh mereka kepada pasukan keselamatan yang sedang melancarkan Ops Daulat.
Katanya, semua masyarakat dan rakyat negeri ini khususnya penduduk daerah itu tidak kira sukubangsa, anutan agama mahupun fahaman politik hendaklah memberikan sokongan dan berdiri teguh di belakang kerajaan dan bekerjasama dengan pasukan keselamatan menentang anasir-anasir jahat yang cuba mengganggu-gugat keamanan dan kedaulatan negara.

Ujarnya, ini negara kita, mau ke mana lagi kita? Wajiblah kita pertahankan sehingga ke titisan darah terakhir.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.