`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, March 23, 2013

GLOBAL WITNESS SIAR VIDEO TERBARU





GLOBAL Witness, NGO antarabangsa yang menyiarkan video yang didakwa menjadi bukti penyalahgunaan lesen pembalakan oleh keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, hari ini menyiarkan satu lagi video untuk menyangkal dakwaan seorang peguam yang terbabit dalam video awal.

Peguam Sibu, Huang Lung Ong memberitahu The Malay Mail pada hari Rabu bahawa beliau telah diperangkap oleh penyiasat yang dihantar oleh Global Witness yang menyamar sebagai pelabur asing, dengan mendakwa bahawa perbualan mereka semata-mata cakap "kedai kopi".
"Saya telah diperangkap. Saya ditanya mengenai perkara berkaitan undang-undang tanah... Mengapa saya perlu cakap tentang Ketua Menteri?" katanya.

Huang - rakan kongsi firma undang-undang Huang & Co - dipetik sebagai berkata beliau mungkin ada mengucapkan beberapa perkataan kerana tertekan dengan penyiasat itu yang bertanya banyak soalan kepadanya.

Bagaimanapun, video terbaru selama tiga minit itu, menunjukkan Huang dilihat memperkenalkan Billion Venture Sdn Bhd, syarikat milik hartawan balak Sarawak, Hii Yii Peng, kepada penyiasat itu di sebuah cafetaria.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.