`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, March 13, 2013

[HOT] Siapa Taja Majlis Makan Malam Bersama PM Bernilai Lebih RM1 Juta Di Seremban?



PAS Negeri Sembilan hari ini mempertikaikan kos makan malam ‘Beramah mesra bersama PM’ anjuran Gabungan Persatuan Keturunan Cina Negeri Sembilan yang akan diadakan pada hari Sabtu 16 ini di Padang Majlis Perbandaran Seremban, bermula 7 malam.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani berkata program yang berslogan ‘Janji DiTepati’ itu akan menyediakan 3, 000 ribu meja dan 30, 000 kerusi.

“Ini bermakna makan malam percuma akan disediakan kepada 30, 000 orang dan daripada maklumat yang saya terima, kos makanan untuk setiap orang adalah sebanyak RM30.00.

“Maka untuk menyediakan makanan untuk 30, 000 orang, pihak penganjur perlu menghabiskan wang sebanyak RM900, 000.

“Kos RM900, 000 untuk makanan sahaja dan itu belum dicampur dengan hadiah cabutan bertuah seperti sebuah kereta Proton Saga, lima motorsikal, lima set TV Plasma, 20 basikal, 100 baranag elektrik dan kos untuk mendirikan khemah, pembesar suara dan artis yang membuat persembahan.

“Logo kerajaan Negeri Sembilan turut dicetak dalam tiket cabutan bertuah.


“Persoalannya dari mana penganjur dapat peruntukan sebegini banyak untuk program ini? Ini satu pembaziran dan wang tersebut boleh dibelanjakan untuk perkara yang lebih manfaat, contohnya pembangunan sekolah jenis kebangsaan Cina,” kata Mohd Taufek yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi.

Tutup jalan

Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Negeri Sembilan, Yau Con Seng pula mempertikaikan tindakan menutup sebahagian daripada Jalan Yam Tuan pada hari Sabtu ini.

“Kerajaan Barisan Nasional kata perhimpunan Bersih menyusahkan orang ramai kerana banyak jalan kena tutup dan merugikan peniaga.

“Tetapi tidak mengapa pula kalau jalan ditutup untuk program ini. Bagaimana pula dengan masalah ruang tempat letak kereta? Apakah ia tidak akan menyesakkan bandar Seremban?

“Menawarkan hadiah cabutan bertuah seperti kereta dan motosikal mungkin untuk menarik lebih ramai masyarakat Cina hadir ke program ini, sekaligus memberi gambaran kepada Perdana Menteri bahawa masyarakat Cina menyokong penuh Barisan Nasional.

“Tetapi saya percaya, masyarakat Cina bijak. Mereka akan mengambil hadiah cabutan bertuah dan ketika hari mengundi akan mengundi calon Pakatan Rakyat,” ujar Yau.

Sementara itu Timbalan Ketua Cabang PKR Seremban, Dr Mohamad Rafie Abdul Malek berpendapat kekerapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turun padang ke Negeri Sembilan membuktikan kegusaran mereka bahawa Negeri Sembilan akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.

`Janji-janji’

“Mereka datang dengan janji-janji. Selama 54 tahun lepas, mereka tidak buat (kekerapan bertemu rakyat) sedemikian.

“Kini mereka sudah merasa bahang kemarahan rakyat Negeri Sembilan menolak Barisan Nasional.

“Maka sejak Februari tahun lepas Najib sudah datang ke Negeri Sembilan sebanyak empat kali dan jika sah beliau hadir Sabtu ini, maka sebanyak lima kali.

“Sementara Muhyiddin pula sudah enam kali turun padang di Negeri Sembilan termasuk paling terbaru pada hari Jumaat minggu lepas.

“Menariknya kawasan yang kerap dan berkali-kali Najib serta Muhyiddin berkunjung adalah kawasan-kawasan yang Pakatan Rakyat telah menang pada PRU 2008.

“Walaubagaimanapun semuanya sudah terlambat. Rakyat Negeri Sembilan tidak kira Melayu, Cina atau India sudah membuat keputusan dan nekad menolak Barisan Nasional pada PRU-13 tidak lama lagi,” kata Mohamad Rafie. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.