`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, March 23, 2013

IKRAR AHLI BARU UMNO KG MEMANJANG




BEAUFORT: Ketua penaja Umno Cawangan Umno Kg Memanjang di sini, Paulus Rakub menjelaskan bahawa ahli cawangan yang baru ditubuhkan di situ disertai oleh penduduk yang belum pernah menyertai mana-mana parti sebelum ini.

Bagaimanapun, katanya penduduk di situ sentiasa menyokong kerajaan BN sejak dari dahulu lagi.
“Kami adalah penyokong kerajaan sejak sekian lama walaupun sebelum ini kami tidak menyertai mana-mana parti. Kerana kepercayaan berpanjangan kami kepada komitmen dan kemampuan BN akhirnya kami sepakat untuk menyertai Umno dan menubuhkan cawangan di sini,” katanya sambil memberitahu hanya 70 penduduk telah menghantar borang keahlian setakat ini.

Beliau berkata demikian sebagai pembetulan kepada laporan media baru-baru ini yang menyatakan seramai 80 ahli SAPP menyertai cawangan Umno yang baru ditubuhkannya di Kg Memanjang di Dun Klias dalam kawasan Parlimen Beaufort.

Borang keahlian cawangan yang ditubuhkan itu diserahkan Paulus kepada Pemangku Ketua Umno Beaufort, Isnin Aliasnih pada majlis Jalinan Kasih di Kg Memanjang, baru-baru ini.

Paulus berkata beliau tidak menolak kemungkinan terdapat lagi penduduk yang ingin menyertai cawangan yang diketuainya.

“Mungkin juga ada lagi penduduk akan menyertai kita atau mungkin juga terdapat ahli parti pembangkang yang berminat bagaimanapun saya belum menerima borang penyertaan daripada mereka dan setakat ini cawangan ini mempunyai 70 ahli,” katanya.

Beliau berpendapat dengan tertubuhnya cawangan baru Umno itu akan memperkukuhkan lagi sokongan rakyat terhadap kerajaan BN.

“Pihak kita menyedari bahawa kini semakin banyak nikmat yang telah dibawa oleh kerajaan BN khususnya untuk penduduk luar bandar. Justeru itu keputusan kami menubuhkan cawangan ini sebagai tanda sokongan yang lebih realistik kepada kerajaan BN yang berbanyak berbakti kepada rakyat,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.