`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, March 11, 2013

INSIDE STORY! KONFLIK SABAH & GAMBAR DS @NajibRazak DiBAKAR! #LahadDatu



Di bawah adalah laporan penuh inside story pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah yang menarik untuk anda sekalian. 

Di dalam inside story Al-Jazeera ini, Lee Jones, pakar SouthEast Asia menyifatkan pencerobohan di Sabah mempunyai motif lain dan bukannya untuk 'menuntut negeri Sabah'.

Wujud pihak termasuk dalang-dalang di Sulu yang berasa tersisih kerana penjanjian damai sebelum ini hanya melibatkan MILF walau pun ianya legitimate dan berasas bagi pihak kerajaan Malaysia dan Filipina.

"It's a very ill conceived strategy and it has gone disastrously wrong" kata Lee Jones apabila merujuk kepada tindakan bodoh pengganas yang menceroboh Lahad Datu, Sabah.

Lihat video inside story di bawah. Sangat menarik :

Video diload pada 6 Mac 2013


Di bawah pula adalah video liputan pasukan keselamatan negara mempertahankan negara di Sabah. 




Sebelum ini MiM telah menulis entri tentang status sebenar Jamalul Kiram III dan Nur Misuari yang hilang pengaruh, baca dibawah:

TERKINI! NUR MISUARI HILANG PENGARUH DALAM MNLF!! #LahadDatu


Sebelum ini Jamalul Kiram III  didedahkan sebagai bukan Sultan Sulu yang sah. 
Jamalul Kiram III was never a legitimate descendant of the nine "rightful heirs" of Jamalul Kiram II that was drawn up in the 1939 'Macaskie Judgement' to be eligible to receive cession payments, following the ceding of Sabah, then known as North Borneo, to the British North Borneo Company (BNBC).
Rupa-rupanya, Nur Misuari yang sejak dua tiga hari ini menjadi popular disebabkan oleh pencerobohan di negeri Sabah hanyalah seorang anggota biasa jawatankuasa dan tidak lagi mempunyai pengaruh dalam MNLF!

Sila baca :

Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) mengutuk keras keganasan yang dilakukan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna di Sabah, kata pengerusinya Muslimin Sema. 
Muslimin, yang dilantik sebagai pengerusi badan pembuat keputusan tertinggi pertubuhan itu, Jawatankuasa Pusat MNLF, pada 2008, berkata Nur Misuari hanya seorang anggota biasa jawatankuasa itu dan tidak mempunyai pengaruh dalam MNLF. 
MNLF, katanya, menganggap rakyat Sabah dan Malaysia sebagai saudara mereka. 
"Kami (MNLF) tidak menyokong apa yang sedang berlaku di Sabah (pencerobohan dan tindakan pengganas). Kami menolaknya. Kejadian di Sabah dicetuskan untuk memecahbelahkan sesama kita. 
"Ia juga dilakukan untuk memutuskan ikatan antara Sabah dan selatan Filipina dan antara Malaysia dan Filipina. Mereka ingin memusnahkan ikatan itu (antara rakyat)," katanya dalam temu bual ekslusif dengan Bernama melalui telefon dari Manila. 
Dua hari lepas, Malaysia menggunakan jet pejuang, tentera darat dan kenderaan pengangkut tentera berperisai untuk menggempur penceroboh bersenjata yang bersembunyi di Kampung Tanduo, Lahad Datu. 
Operasi yang menggabungkan pasukan polis dan tentera dikenali sebagai "Op Daulat" itu berterusan hingga kini. 
Pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan pengganas di Lahad Datu dan Semporna meragut nyawa lapan anggota polis dan sekurang-kurangnya 52 pengganas. 
Diminta mengulas tentang kenyataan Misuari baru-baru ini bahawa MNLF bersedia menghantar pejuang bersenjatanya ke Sabah untuk membantu pengganas Sulu, Muslimin berkata beliau kecewa dengan kenyataan bekas pemimpin MNLF itu. 

"Beliau tidak sepatutnya membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu. Saya sedih kerana tidak dapat menyekatnya daripada membuat kenyataan itu. Sabah dan Malaysia bukan musuh kami," katanya. 
Ditanya sama ada terdapat anggota MNLF yang terlibat dalam kejadian di Sabah, Muslimin berkata jawatankuasa pusat barisan itu telah menjalankan penyiasatan tentang perkara berkenaan. 
"Bagaimanapun, siasatan yang dibuat anggota jawatankuasa pusat di Tawi-Tawi dan Sulu mendapati tidak ada anggota MNLF yang terlibat dalam pencerobohan di Sabah. Kami tidak terlibat dalam apa jua bentuk keganasan," katanya. 
Beliau berkata sekiranya terdapat anggota MNLF yang terlibat dengan keganasan di Sabah, mereka melakukannya secara peribadi dan tidak pernah mendapat restu daripada kepimpinan barisan itu. 
"Sekiranya mereka terlibat, ia dibuat atas dasar individu kerana MNLF tidak pernah merestuinya," kata beliau sambil menegaskan bahawa kebanyakan orang Filipina yang tinggal di Sabah menjalani kehidupan secara baik dan aman. BERNAMA
Untuk pengetahuan semua, Muslimin Sema merupakan pengerusi Moro National Liberation Front (MNLF) yang sah setelah dilantik oleh Central Comittee MNLF pada tahun 2008.


Muslimin Gampong Sema (lahir April 27, 1949) ataupun dikenali sebagai Mus atau The Peacemaker, juga adalah seorang ahli politik Filipina berjawatan Naib Datuk Bandar Bandar Cotabato sejak Jun 2010.

Di Kolej, beliau mula menyertai organisasi di mana dia boleh meluahkan pandangan politik beliau seperti Liga Filipina Nasionalis Islam. Beliau adalah salah satu ahli pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF).

Dari tahun 1979 hingga 1989, beliau adalah Pengerusi Negeri Utara Kutawato Revolusi Jawatankuasa Negeri selepas itu beliau menjadi Setiausaha Agung Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF).

Pada bulan Februari 1998, beliau dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Majlis Selatan Filipina bagi Keamanan dan Pembangunan (SPCPD).

Beliau telah dilantik sebagai Datuk Bandar bandar Cotabato pada tahun 1998 dan telah dipilih semula pada tahun 2001, 2004 dan pada pilihanraya Mei 2007.

Pada masa ini, G. Muslimin Sema berfungsi sebagai Cotabato City Naib Datuk Bandar dan Pegawai Bertugas Panlungsod Sangguniang yang beliau sandang pada 2010.

- DrMiM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.