`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, March 17, 2013

Minta TOLONG, dah panas punggong...


Dua ekor katak akan bertanding lagi... !

BN cuba sedaya upaya memenangi semula Pulau Pinang daripada Pakatan Rakyat. BN yang diketuai oleh parti komponennya, Gerakan, telah memerintah Pulau Pinang selama 39 tahun sebelum ia mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya umum ke-12

Pilihan raya umum ke-13 akan datang dilihat sebagai kayu ukur penting sokongan terhadap pemimpin Pakatan.

PRU-13 juga dianggap ujian populariti dua Anggota Parlimen - Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Tan Tee Beng.

Zahrain memenangi kerusi parlimen Bayan Baru atas tiket PKR tetapi kemudian undur diri dari parti itu pada tahun 2010. Beliau kemudian menjadi wakil bebas dan kemudian menyertai parti Umno semula pada Disember tahun lalu.

Tan Tee Beng turut memenangi kerusi parlimen Nibong Tebal atas tiket PKR dan meninggalkan parti itu pada tahun 2010.

Beliau menyertai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), yang diketuai mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, tetapi kemudian berlaku perbalahan dalam parti itu dan beliau menjadi wakil bebas.

Kedua-dua Zahrain dan Tan telah menyatakan hasrat bertanding dalam PRU-13.

Terdapat spekulasi bahawa Tan mungkin bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kebun Bunga atau Pulau Tikus atau kerusi parlimen Bukit Bendera.

Terdapat 40 kerusi DUN - dengan 18 kerusi di pulau itu sendiri dan 22 kerusi di tanah besar - dan 13 kerusi parlimen bagi negeri Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.