`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, March 17, 2013

NAIKTARAF KAEDAH PEMANTAUAN SEMPADAN





Saudara Editor,
SEBAGAI rakyat Malaysia yang patriotik, saya ingin mencadangkan untuk kerajaan kita mempertingkatkan keupayaan dan strategi sedia ada di dalam pemantauan sempadan melalui pergerakan di laut. Apa yang diperlukan hanyalah memiliki sistem pengesan yang baik.

Di samping sistem radar yang sedia ada, pihak kerajaan perlu mempertimbangkan penggunaan SONAR BUOY atau nama lain SONOBUOY iaitu peranti kecil yang diapungkan di permukaan laut dengan kemampuan mengesan pergerakkan di permukaan atau di dalam air bagi jarak/julat tertentu.
Ia murah, penggunaan tenaga dan masa adalah kurang serta berkesan untuk memantau sebarang pergerakkan walaupun mengguna bot kecil atau bot pancung. Terdapat banyak jenis Sonar bouy, model, saiz dan kemampuan. Maka terpulang kepada kerajaan untuk memilih yang sebaiknya.

Beberapa Sonar buoy tersebut perlu diapungkan dan disauhkan di garis sempadan strategik antara Sabah-Filipina. Laluan kapal dan bot perlu dikuatkuasa agar sesiapa sahaja yang melalui laluan yang terlarang, maka buoy tersebut akan memancarkan signal kepasa ESSCOM (yang bakal dibina di pantai Timur Sabah).

Alat tersebut mampu mengesan kelajuan, arah dan jenis kapal yang melalui kawasan/julat pengesanan. Dengan itu pihak berkuasa akan dapat segera memintas menggunakan UAV, helikopter atau bot pemintas.

Walaupun kita memiliki kapal selam yang mempunyai keupayaan tersebut, namun bilangan kapal selam masih belum memadai kerana sempadan Sabah amat panjang. Tidak mudah untuk menjaga perairan yang sangat panjang. Oleh itu, mungkin pihak kerajan boleh menimbangkan sistem ini sebagai back-up atau kekuatan tambahan di dalam operasi pemantauan sempadan yang lebih berkesan.

Terima kasih kepada pasukan keselamatan kita di atas pengorbanan mereka yang tiada tandingannya. Kami berasa selamat dengan kehadiran anda. Salute!

Salam Hormat,

AKU ANAK SABAH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.