`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, March 13, 2013

PANAS! Kem Tajol Rosli Bersemangat Singkirkan Zambry?



Kemelut dalaman Umno Perak kini bukan lagi rahsia parti malah kini menjadi bualan umum hampir di setiap daerah.

Apatah lagi, kepimpinan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Zambry Kadir kini makin kuat dipersoalkan.

Walaupun dilantik secara haram oleh mahkamah, Zambry tidak berasa malu jauh sekali merasa dirinya bukan dilantik rakyat tetapi sebab keputusan tiga ADUN Pakatan Rakyat yang keluar dan menjadi mesra-Barisan Nasional (BN) hampir empat tahun lalu.

Zambry yang diketahui dari kem perdana menteri, Najib Altantuya kini berdepan dengan seribu satu ancaman untuk menyingkirkannya dari jawatan nombor satu negeri.

Kem bekas menteri besar, Tajol Rosli dikatakan cukup bersedia untuk meminggirkan Zambry, malah mereka dikatakan mendapat sokongan timbalan presiden Umno, Muhyiddin Yassin.

Biarpun Tajol Rosli tidak berminat untuk menjadi menteri besar lagi, juak-juaknya akan melakukan kejutan terhadap Zambry tidak lama lagi.

Daripada 24 bahagian Umno di negeri itu, 12 sudah tidak lagi disenaraikan sama ada ahli parlimen atau ADUN dalam pilihanraya umum akan datang.

Zambry merasakan perlu untuk menggantikan mereka dengan orang-orang kepercayaannya dan inilah yang menyebabkan mereka yang tidak tersenarai mula beralih kepada kem Tajol.

Ini dibuktikan apabila Tajol sendiri menghantar faks kepada Speaker DUN yang sah yang juga ADUN Tronoh, V Sivakumar pada 28 Mac 2010, setahun selepas kerajaan Pakatan Rakyat tumbang pada 4 Februari 2009.


Dengan pengiktirafan ini, Zambry dan Ganesan serta BN negeri menerima tamparan hebat apabila anggota BN bahkan bekas Menteri Besar Perak turut mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker yang sah. 

Adalah mustahil Tajol Rosli tersalah hantar surat jawapan, kerana surat panggilan sidang DUN Perak tersebut jelas menggunakan nama dan ditandatangani oleh Sivakumar.

Malah mereka juga mahu agar Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi atau Menteri Kewangan II, Ahmad Husni Hanadzlah menjadi calon menteri besar sekiranya kembali menguasai negeri ini.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka enggan menerima tawaran yang diberikan atas alasan mementingkan kedudukan masing-masing di peringkat pusat.

Sebenarnya, ia hanyalah helah untuk memberi kedudukan Zambry sedikit selesa, tetapi beberapa nama lain disenaraikan sebagai back-up untuk menggantikannya.

Kini perhatian mereka tertumpu kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz yang menjadi harapan terakhir untuk menggulingkan ADUN Pangkor itu.

Belum lagi perbalahannya dengan Presiden MIC, G Palanivel yang berkeras mahukan Speaker DUN Haram, R Ganesan dicalonkan di DUN Hutan Melintang berakhir, Zambry dikatakan keras kepala tidak mahu menerima cadangan tersebut.

Alasannya Ganesan yang tewas di DUN Sungkai sudah tidak lagi relevan dengan kehendak pengundi di DUN tersebut.

Ini menyebabkan BN negeri dalam keadaan lemah untuk menentang Pakatan Rakyat yang dipercayai sudah menyiapkan calon-calon mereka bagi pertandingan satu-lawan-satu yang pastinya memberi masalah buat BN.

Zambry yang mendokong ideologi Najib Altantuya meletakkan calon 'winnable' kini seolah memancung kepala sendiri kerana kredibilitinya sebagai menteri besar haram makin dipersoalkan.

Apakah Zambry akan terselamat sekali lagi atau DUN Pangkor sendiri yang majoritinya anggota tentera laut akan beralih angin mengundi Pakatan Rakyat kali ini?

Yang mustahak, Umno dan BN negeri kini berada dalam keadaan bahaya untuk kembali berkuasa, malah tidak mustahil akan terlepas sekali lagi kepada Pakatan Rakyat yang sudah meletakkan Nizar Jamaluddin sekali lagi sebagai calon menteri besar mereka.

Apa yang pasti, BN negeri kini boleh bersedia dengan sebarang kemungkinan kerana 59 kerusi DUN yang akan dipertandingkan pasti lebih sengit berbanding pilihanraya umum ke-12 lalu.

JALAN PULANG

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.