`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, March 21, 2013

PANAS! Papa Gomo BENGANG! Video Penipu Tersebar!



Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dikaitkan lagi sebagai individu dalam satu skandal video dengan seorang lelaki yang kononnya seorang mahasiswa berumur 19 tahun.
Video selama 1:20 minit itu disiarkan penulis blog pro-Barisan Nasional (BN) Papa Gomo dengan audio dan berwarna memaparkan individu mirip Anwar berbual dengan lelaki yang dipercayai memasang rakaman kamera secara tersembunyi.
Anwar: Susah la you…you know I tolak dari Segambut immediate…?
Lelaki: Ada apa kat Segambut?
Anwar: Daripada rumah I lah (ketawa)
Lelaki: Yalah betullah mana boleh percaya. You fikir kalau you in my shoes percaya tak?
Anwar: …Walaupun kadang-kadang I punya twitt banyak masuk
Lelaki: Hah yalah tu la I cakap betul ke you punya twitt…
Ini merupakan pendedahan rakaman kedua yang cuba mengaitkan Anwar dengan skandal salah laku dalam tempoh seminggu selepas beberapa gambar sepasang lelaki berpelukan yang didedahkan dalam blog rajagoyang360 Sabtu lalu.
Tindakan menyiarkan video terbabit juga dikatakan selepas Papa Gomo mendakwa Anwar tersalah memfitnah dirinya sebagai pemilik blog Raja Goyang dan enggan menarik balik saman RM100 juta.
‘Saman RM100 juta’

“Saman RM100 juta yang difailkan Anwar Ibrahim memberikan satu peluang besar buat Papa Gomo untuk mendedahkan lebih banyak kegiatan jijik Anwar serta membawa saksi saksi lain dalam perbicaraan ini termasuk Shazryl Eskay Abdullah, China Doll, dua orang mahasiswa yang diliwat, Zulkifli Nordin, bekas pengasas KEADILAN, Ng Lum Yum, Zahid Mat Arip, S Nallakaruppan, N Gobalakrishnan dan seorang pemimpin kanan PAS,” katanya dalam blog beliau.
Anwar melalui peguam N Surendran pagi tadi memfailkan saman RM100 juta terhadap Papa Gomo  di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas gagal menarik balik tuduhannya dalam tempoh 48 jam.
Sementara itu penulis blog (Papa Gomo) mendakwa, beliau telah menemui mahasiswa tersebut pada Februari lalu dan telah mengaku melakukan perbuatan suka sama suka.
Beliau turut mengaku bertanggungjawab sepenuhnya dengan pendedahan skandal terbabit tanpa bantuan mana-mana pihak dalam kerajaan termasuk pemimpin Umno.
“Gomo nak tegaskan di sini kepada semua. Ianya bukan soal wang kerana walaupun RM10 juta atau RM1 billion Anwar cuba tawarkan hakikatnya apa yang dilakukan Gomo adalah untuk rakyat agama,  bangsa dan negara.
“Gomo bukan pemimpin politik atau berjawatan besar tetapi Gomo mewakili jutaan rakyat Malaysia yang mahukan kebenaran dalam memilih pemimpin yang benar dan bukannya jijik,” katanya.

Bagaimanapun, klip video tersebut tidak menunjukkan wajah mahasiswa yang dimaksudkan, menyebabkan ia layak dibakul sampahkan selain fitnah tanpa menyertakan bukti kukuh.

Sementara itu, Papa Gomo dikaitkan pula dengan pertuduhan rasuah semasa bertugas sebagai anggota polis trafik di Ampang, Selangor.

Maklumat tersebut merupakan carian dari pengkalan data rekod pesalah rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malayisa (SPRM) di sini.

Data tersebut antara lain memuatkan maklumat bahawa Muhammad Azri yang ketika itu berkhidmat sebagai anggota polis trafik berpangkat koperal, pernah dituduh dengan dua pertuduhan di mahkamah atas kesalahan melakukan rasuah pada 2004 lalu.

Dalam pertuduhan pertama, Muhammad Azri dituduh meminta suapan wang tunai RM1000 daripada seorang lelaki pada 29 Nov 2004 sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan terhadapnya yang memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah.



Pertuduhan kedua pula, beliau dituduh bersetuju menerima rasuah wang tunai RM400 daripada lelaki sama untuk tujuan sama pada 30 Nov.

Berikut adalah maklumat penuh:


Pangkalan Data Pesalah Rasuah
No Pengenalan Diri    :    RF 142863
Nama   : Wan Muhammad Azri bin Wan Deris
No Kes  : B-06B-68-2011
Mahkamah    :   
Hakim   : Y. A. Linton Albert [HMR], Y. A Datuk Wira Mohtarudin bin Baki [HMR] & Y. A Datuk Mohad Zawawi b
Pendakwaan     : TPR Nik Azrin Zairin bt Nik Abdullah
PeguamBela    : Samsul Sulaiman
Kesalahan    : Seksyen 10(a)(bb) dan seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575)
Jantina                : Lelaki
Warganegara    : Malaysia
Negeri                : Selangor
Kategori    : Penjawat Awam
Majikan                : Polis Di Raja Malaysia
Jawatan     : Koperal
Tarikh sabitan    : 06/09/2012

Pertuduhan : 

Pertuduhan Pertama: Bahawa kamu pada 29.11.2004, di antara jam 1.00 petang dan 3.00 petang, di Pandan Indah, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah meminta suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM1000.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama.

Pertuduhan Kedua: Bahawa kamu pada 30.11.2004, di antara jam 11.40 pgai di lorong tidak bernama di belakang sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ampang, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah menyetuju-terima suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM400.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama. "


Hukuman :


"Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Pertuduhan pertama: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, penjara 8 bulan) Pertuduhan kedua: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, denda 8 bulan). Hukuman penjara berjalan berasingan. Keputusan Mahkamah Tinggi: Mahkamah telah menolak rayuan Perayu terhadap sabitan. Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen dikekalkan. Mahkamah Rayuan: Rayuan OKT ditolak. Mahkamah telah mengurangkan hukuman penjara dari 5 bulan kepada 14 hari dan denda RM10,000.00 id 8 bulan penjara adalah dikekalkan bagi kedua-dua pertuduhan. Hukuman penjara adalah berjalan secara serentak"




- Jalan Pulang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.