`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, March 16, 2013

PANAS! Video Khemah Terbang Sambut PM Haji Najib Di Kelantan!



Rasanya apakah sebab sebenar inisiden ini boleh berlaku?


Namun kehendak Allah SWT tiada siapa yang boleh lawan, hatta yang bergelar perdana menteri sekalipun!
Itulah yang terjadi semasa sambutan terhadap Najib Altantuya yang kununnya mendapat sambutan hebat dalam lawatan seharinya di Tanah Merah, Kelantan hari ini.

Dengan jelas video ini memaparkan khemah yang disediakan beterbangan umpama dilanda puting beliung sebaik sahaja Najib Altantuya terus menabur fitnah dan adu domba kununnya Pakatan Rakyat hanya tahu berjanji tapi tidak pernah ditepati.




Sejurus Najib Altantuya selesai menghabiskan ucapannya, disusuli dengan iringan lagu-lagu memuja Barisan Nasional (BN), tiba-tiba angin yang kuat melanda sekitar tapak himpunan menyebabkan tiga buah khemah besar yang dikhaskan untuk penduduk terbang melayang dan hampir mengenai beberapa buah yang lain.

Beberapa saksi memberitahu Najib Altantuya kelihatan terkejut apabila dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.




Khemah berkenaan agak jauh dari khemah utama yang menempatkan Najib Altantuya dan barisan pemimpin Umno dan BN negeri dan nasib baiklah serpihan khemah terbang tidak masuk ke dalam khemahnya.

Apakah ia satu peringatan buat Najib Altantuya supaya jangan mencabar kekuasan Allah SWT dengan menyuruh rakyat Kelantan menukar kerajaan yang mahukan Islam diletakkan di tangga teratas?

Apakah Umno sudah cukup Islam nya lalu bagaimanakah insiden ini boleh terjadi?

Anda sudah tahu jawapannya!

-sedakasejahtera

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.