`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, March 3, 2013

PAS GESA KERAJAAN PRIHATIN ISU AGAMA




Oleh : FAIZAL OKADAU
KINABATANGAN : Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Kinabatangan menggesa kerajaan supaya lebih prihatin dalam memenuhi keperluan beragama rakyat di Sabah, khususnya di kawasan pesisiran pantai dan kuala N48 DUN Sukau.

Penyelia PAS N48 DUN Sukau, Sairin Muyang membuat gesaan tersebut setelah melawat beberapa buah pulau di N48 Sukau mendapat keperluan imam yang bertauliah tidak dipenuhi dibeberapa buah kampong seperti Lubukan, Tanjung Batu,Sri Ganda dan Tidong Tabing. Ini menyebabkan masjid dan amalan ritualtidak dapat diimarahkan.
Masjid menjadi sunyi daripada amalan agama dan apa yang menyedihkan sehingga ada kampong yang kesukaran untuk menyempurnakan fardu kifayah seperti mengurus jenazah dan tahil arwah. Penduduk terpaksa ke pulau yang lain untuk mendapat khidmat imam.

Selain daripada itu, Sairin turut terkilan dengan sikap tidak cakna kepimpinan BN yang mengurus kerajaan kerana sanggup membiarkan keperluan guru KAFA tidak dipenuhi di kebanyakan kampung. Bilik KAFA Pulau Lubukan umpamanya dibiarkan rosak tanpa aktiviti fardu Ain dan dikebanyakan kampong kelas KAFA tidak berfungsi.

“Saya difahamkan sudah beberapa tahun tidak ada guru KAFA di Pulau Lubukan ini setelah guru yang sebelum ini berpindah. Alasan tiada yang layak tidak sepatutnya berlaku kerana pihak kerajaan mesti mewujudkan usaha untuk melatih bakal guru dan imam untuk memenuhi keperluan masyarakat,” jelas Sairin dengan nada kesal.

Menurut beliau lagi, Kerajaan sepatutnya menyediakan insentif kepada anak-anak tempatan untuk belajar di Pusat Latihan Dakwah dan kembali ke kampong halaman untuk berkhidmat. Bukan sekadar mengharapkan penduduk mencari sendiri apalagi dengan kepayahan dan kemiskinan yang dideritai oleh penduduk.

Seorang penduduk Tanjung Batu yang engan namanya didedahkan, berterima kasih kepada tabligh dan PAS yang datang secara sukarela menjalankan aktiviti agama di tempat mereka. Kalau harapkan kepada UMNO hanya acara hiburan dan sukan sahaja yang mereka atur.

Sairin mengingatkan tugas sebagai pemimpin ialah untuk menjaga agama bukannya menjaga projek. Kenapa membiarkan rakyat sunyi daripada aktiviti dakwah dan jauh dengan agama? Apakah pemimpin N48 Sukau tidak rasa bersalah atas apa yang telah dan akan menimpa masyarakat?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.