`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, March 20, 2013

PESARA POLIS GAGAL TUNAI CEK ONE-OFF




BUKTI...Onun menunjukkan cek RM3,000 yang tidak dapat ditunaikan kerana kesilapan teknikal yang tidak sepatutnya berlaku.

Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

SANDAKAN: Seorang Bekas pesara Polis, Onun Bin Lahit, Mykad 420215-12-5355 yang mendapat imbuhan Bantuan Darurat sebanyak RM3,000 daripada Tabung Amanah Warisan Polis rujuk surat: 11/1/8/2 bertarikh 9 April 2012 tidak dapat menunaikan cek tersebut kerana kesilapan nombor kad pengenalan.

Katanya kegagalan untuk mendapatkan wang bantuan tersebut ini adalah disebabkan pihak pentadbiran Tabung Amanah Warisan Polis Putrajaya tersilap mencetak nombor kad pengenalannya kepada 510420-12-5394 yang dimilik wanita.
Dalam hal ini, Onun meminta jasa baik kepada pihak pentadbiran Tabung Amanah Warisan Polis agar dapat membuat semula cek yang berjumlah RM3,000 dengan segera.

“Saya amat berharap agar pihak yang berkenaan dapat mengeluarkan cek baru bagi membolehkan saya menikmati wang keramat yang menjadi nostalgia saya selama ini,” rayunya.

Onun menambah, beliau amat gembira kerana mendapat bantuan tersebut sebagai ganjaran atas khidmat beliau sebagai anggota Polis Di Raja Malaysia selama lebih 30 tahun.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.