`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, March 18, 2013

PRU13: Saya tidak bertanding - Dr Asri


Dr Asri tidak tanding PRU13PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengesahkan beliau tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sekali gus mengakhiri spekulasi banyak pihak.
Beliau sebelum ini ada disebut-sebut akan bertanding atas tiket Pakatan Rakyat. Umno pun dilapor pernah cuba untuk memikat beliau.

Spekulasi itu menjadi perhatian sejak pertengahan tahun 2010.

"Saya tidak bertanding. Saya mahu kekal dalam sempadan yang saya berada sekarang," kata beliau dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian Online kelmarin.

Dalam pertemuan ini, Asri yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia mengakui pernah ditemui oleh pemimpin kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).\

Mereka termasuklah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN dan Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR).

Sehubungan itu kata Asri, beliau mahu memainkan peranan sebagai golongan pemikir yang dapat menegur kerajaan yang memerintah.

Beliau merupakan antara tokoh agama yang disebut-sebut akan bertanding pada PRU13.

Kata Asri, selain beliau, beberapa pihak terlibat dalam 'kumpulan pemikir' ini, yang akan bertindak memberi pandangan kritis dan kritikal terhadap kerajaan.

"Kalau semua bertanding dan mengambil pendirian memihak mana-mana satu kumpulan, siapa yang akan menjadi kumpulan kritis," katanya lagi.
-sinarharian.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.