`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, March 23, 2013

RTM - Rancangan Tipu Malaysia


Rais Yatim, Menteri yang pernah dituduh merogol amahdari Indonesia itu hanya memberikan 10 sahaja kepada setiap parti untuk membentangkan manifesto masing-masing.Merngarut atau bangang mangkuk nih?

Bagilah peluang sekurang-kurangnya satu jam supaya rakyat benar-benar boleh memahaminya.Apa punya bangang Rais Yatim nih!

Dan berikanlah peluang kepada rakyat untuk mengemukakan soalan secara live.

Konon nak tunjukkan RTM telus dan 'gentleman' sangat macam bagus sangat? Pergh! Janganlah pula rakyat nanti kata RTM ni maksudnya Rancangan Tipu Malaysia!

Mangkuk ini ingat `10 minit’ tu cukup  macam dia mengerjakan amahnya tu kah?Korang baca dibawah:

10 minit parti poltik bentang manifesto di RTM
 
Parti-parti politik dibenar untuk membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) selama 10 minit selepas pembubaran Dewan Rakyat yang memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13.
    
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata peluang itu diberikan kepada parti Barisan Nasional (BN) dan juga pihak pembangkang, tetapi pembentangan itu akan dirakam terlebih dahulu.
    
"Semua parti politik yang berganding dan bertanding akan dapat peluang untuk mengumumkan manifesto mereka selama 10 minit, dan kami beri peluang ini sekaligus, baik kepada BN ataupun pihak pembangkang.
    
"Tinggal lagi sama ada mereka menggunakannya atau tidak, ini terserah kepada mereka, tetapi kami di kementerian telah bersedia untuk melaksanakannya," katanya kepada pemberita di Angkasapuri hari ini.
    
Beliau berkata peluang itu ialah satu penghormatan kepada sistem demokrasi negara, dan berharap 10 minit yang diberikan itu, cukup untuk mereka mengemukakan skop dan pengisian manifesto masing-masing.

Rais berkata pembentangan manifesto itu perlu dilakukan mengikut peraturan dan syarat yang ditetapkan, dan akan dibuat secara rakaman, tertakluk kepada peraturan RTM di bawah kawalan ketua setiausaha kementerian dan ketua pengarah penyiaran serta anggota panelnya.
    
"Saya dan mana-mana menteri tidak terlibat dalam proses ini," katanya.
    
Rais berkata manifesto yang dibentangkan tidak boleh mengkeji atau memfitnah orang, mensabitkan perkara berhubung dengan keselamatan negara, mencerca Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja, memperkecil hak asasi manusia ataupun mereka yang dalam keadaan perlu dibela.
    
"Syarat-syarat ini dan lain-lain akan kami beri dan maklumkan dengan jelas kepada pembentang manifesto dan akan juga diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.
    
"Usaha ini telah dijalankan tahun demi tahun, dan pada kali ini ia dibuat secara kemas dan tidak akan ada melibatkan apa-apa syak wasangka," katanya.

Bernama

-alhusseyn51.blog

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.