`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, March 4, 2013

Semuanya angkara Anwar!!!


×

Saya sedang berada di luar kawasan! Sudah 4 hari di KL. Bercuti tanpa “elaun” sehinggalah adik saya pulang dari umrah. Untuk 2 minggu ini sayalah tuan rumah! Membelek akhbar di kedai tiadalah cerita yang paling panas sekarang jika bukan isu Lahad Datu! Bukak saja FB mata terus menyoroti berita yang sama malah lebih terperinci kisahnya berbanding dengan apa yang dilambakkan kepada rakyat melalui media massa milik sang pemerintah!
Pada yang terkorban, kita sama-sama sedekahkan al Fatihah. Begitu janji Tuhan. Jika mereka tidak meninggal di Lahad Datu pun, mereka tetap akan meninggal sebagaimana kita. Cuma masa, tempat dan bagaimanakah kematian itu,semuanya sudah tercatat sejak azali.

Saya mengambil masa yang agak lama untuk mempercayai berita ini. Bukan apa. Sejak sekian lama saya lebih percaya kepada berita politik luar negara lebih dari saya mempercayai berita politik semasa di negara sendiri. Aduh, maafkan saya kerana sukar untuk saya mempercayai bulat-bulat apa yang cuba disampaikan oleh pemerintah, siapa lagi kalau bukan regim BN!
BN  marah kerana PAS bersatu dengan DAP untuk menang dalam pilihanraya. BN marah kerana PAS serta PKR bersatu menentang mereka. BN mempertikaikan kenapa PAS yang dasarnya memperjuangkan Islam sanggup bersekongkol dengan bukan Islam! Apa UMNO itu lupa? Atau sudah  pikun barangkali? Lebih 55 tahun UMNO dan MIC dan MCA bersatu lalu membentuk BN dan bukankah itu satu pakatan di antara Islam dan bukan Islam????
Bila si Bala juga melakukan misinya BR1M (Bala Round 1 Malaysia) untuk mendedahkan cerita di balik tabir kes Altantuya dan sebagainya yang melibatkan orang kuat Putrajaya serta konco-konconya, tiba-tiba saja kita dikejutkan dengan kejadian tembak menembak di Lahad Datu dan terkini di Samporna! Satu peralihan fokus yang cukup licik untuk mengaburi mata rakyat. Seingat sayalah, apabila menjelangnya PRU, kita akan dihangatkan kembali dengan isu “keselamatan negara” yang sedang terancam.

Tun Mahadhir juga dipanjangkan umurnya untuk melihat sendiri akibat dari perbuatannya masa lalu. Isu pemberian ” IC SEGERA” di Sabah juga sudah terbongkar.

” Bekas ahli Umno, Siti Aminah Mahmud, 63, berkata, beliau bersama kumpulannya pernah membantu pendaftaran setengah juta kad pengenalan (IC) kepada pendatang tanpa izin di Sabah untuk dijadikan pengundi BN.
Menurutnya, pendaftaran segera itu dibuat di bawah ‘projek IC Mahathir’ dari 1990 hingga 1994.“Setiap kali dihantar berguni-guni (IC). Ia diproses dalam jangka masa sebulan. Katakan (pendaftaran) dibuat pada satu hari bulan, maka ia (IC) akan diserahkan pada tarikh yang sama pada bulan yang akan datang,” kata bekas ahli Umno Cawangan Skudai Kanan, Johor Bahru itu pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.” 
Sekali lagi, apa saja yang menggugat keamanan negara mesti dituding kepada pembangkang! Siapa ketua pembangkang yang mereka sangat takuti itu kalau bukan Anwar Ibrahim! Saya dah baca kenyataan beliau berkenaan isu Lahad Datu. Terkini saya dapat info dia dah pun mengarahkan peguamnya untuk menyaman mereka yang terlibat.
Adik ipar saya orang Lahad Datu!  Keluarga dia di sana baik-baik saja. Bebas melakukan aktiviti harian tanpa dikawal oleh sesiapa pun! Kita di sini dah berapa hari digemburkan dengan cerita yang berbeza? Saya percaya yang “hak” pasti terbongkar melenyapkan yang batil. Kita tunggu sama-sama. Teringat pulak pada PM. Ingat tak? Satu ketika dulu, dia pernah berkata :
“Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!” – Najib Razak, Perhimpunan Umno, 24 Oktober 2010 – Utusan
×

Terkini yang saya perolehi dari FB!
“Saya warga Lahad Datu yang bekerja di Kuala Lumpur. Apa yang berlaku di Lahad Datu sengaja disenyapkan oleh kerajaan kerana bimbang reputasi mereka akan jatuh menjelang PRU13. Hanya warga Lahad Datu yang tahu situasi sebenar. Menurut cerita keluarga saya di sana, memang pengganas ini dijemput masuk atas sebab ingin menuntut kawasan felda dengan janji mereka mendapat tanah dan sebagainya.
Dan yang lebih menyakitkan hati ada antara pengganas ini sudah memiliki IC sah. Caranya minta askar sultan sulu yang tidak tahu malu itu datang untuk provoke. namun mereka datang dengan tujuan untuk mengambil semula Borneo.Serampang dua mata. Bantu dan rampas. Tidak ada kaitan dengan pembangkang kerana setahu saya rakyat Sabah kini bangkit dan ramai yang sokong pembangkang kerana merasakan tidak terbela dan dipinggirkan sekian lama.Isu ic projek memang berlaku.Dan siapa kami di sabah untuk menyampaikan kebenaran, sedangkan pemimpin kami sendiri menjatuhkan martabat kami. Untuk pengetahuan saudara, rakyat Sulu semakin bertambah di kawasan Lahad Datu dan dikhuatiri mereka ini akan bangkit membalas tindakan kerajaan. Bayangkan 10 orang Sulu terbunuh dan tak mustahil majoriti rakyat Sulu yang ahli keluarganya terbunuh akan membalas dendam dan mengsanya penduduk Lahat Datu?Mangsanya adalah kami penduduk tempatan. Sedangkan kawalan perairan di persempadanan Sabah dan Filipina terlalu longgar sehingga hampir setiap hari mereka keluar masuk tanpa sekatan.Kalau ke Lahad Datu, akan lihat rupa bandar Lahad Datu yang tak ada bezanya dengan pekan di Filipina. Pertambahan penduduk yang mendadak, kebanjiran pendatang Filipina yang bebas menjadikan kami minoriti. Yang jelas, tiada respon yang boleh menjelaskan keadaan sebenar di Lahad Datu.
Kami juga tidak dimaklumkan dengan terperinci situasi sebenar baik di media kerajaan dan sebagainya. Hanya FB sahaja sumber maklumat kami. Selain maklumat daripada hospital dan agensi kerajaan yang ditugaskan. Malah rakan-rakan polis yang bimbang sedia berkongsi maklumat walaupun tahap kerahsiaan tidak boleh disampaikan sewenang-wenangnya.
Hari ini perintah berkurung dikuatkuasa pada jam 5 petang sebentar tadi, Anggota keselamatan kita dua terkorban. Pihak pengganas 10 terkorban, 4 cedera dan 4 ditahan. Persoalan saya sebagai orang Lahad Datu, mengapa maklumat ini terlalu sulit ?
Mengapa media terhalang membuat liputan? Saya kecewa kerana isu besar seperti ini tidak dihebahkan berperingkat seperti highland tower tumbang dulu. Isu ini dikecilkan dan terpinggir sama seperti pembangunan negeri kami yang perlahan. Negeri kami kedua termiskin, kami terpukul, sedangkan kami kaya sumber minyak dan sebagainya.
Harapan saya biar PRU-13 memihak kepada Pakatan Rakyat, kerana dengan cara itu, kesemua kelaknatan pemimpin BN dan pemimpin Sabah terungkai satu persatu dan rakyat berpeluang bersuara mengadili kepincangan mereka. Kami rakyat Sabah bersandarkan doa rakan-rakan di seluruh negara mendoakan keselamatan kami. Kami terkepung oleh pendatang yang diberi mandat memilih kerajaan yang korup.”
Kredit : Aktivis Terengganu
Salah Anwar lagi? BN merancang, Allah itu lagi Maha Perancang!
- media perak

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.