`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, March 21, 2013

SIASAT LATAR BELAKANG PEMILIK MYKAD




AMANAT.... Kelihatan Roger Stimin menyampaikan amanat kepada hadirin.

Oleh : JACOB BALANG
TENOM: Parti Maju Sabah (SAPP) melahirkan kekesalan bahawa insiden pencerobohan pengganas di Kg Tanduo Lahad Datu baru-baru ini yang turut mengaitkan pemilik MyKad pada segelintir pengganas itu, kerana jikalau benar berlaku; jelas merupakan satu petanda buruk kepada sistem pendokumentasian penting Negara ini.

Seharusnya, hanya rakyat jati Negara ini sahaja yang layak mendapat dokumen diri tersebut, namun persoalannya mengapa jatuh ke tangan seorang pengganas yang cuba merampas hak rakyat Negara ini yang telah merdeka dan berdaulat.
Gesaan itu dinyatakan Ahli Majlis Tertinggi SAPP, Roger Stimin ketika sesi turun padang bertemu masyarakat dikawasan Kg Batu 90-Baab dihadiri kira-kira seratus orang dan seterusnya mencadangkan kepada kerajaan agar membatalkan MyKad dan kewarganegaraan kepada semua pemilik yang meragukan itu setelah menjalankan penyelidikan rapi ke atas latar belakang mereka.

Namun demikian, tegas Roger, atas landasan itu SAPP akan memperkenalkan Kad Pengenalan Sabah sebagai indentiti yang sah bagi penduduk asal Sabah selain MyKad apabila ditakdirkan akan membentuk kerajaan selepas pilihanraya umum kali ke-13 (PRU13) kerana selagi MyKad yang sudah tercemar itu diteruskan ramai yang tidak berhak akan mengambil kesempatan.

“Inilah hasil keburukkan yang kita hadapi yang dicetuskan berpuluh tahun lalu semata-mata kepentingan politik pihak tertentu. Kini kita sedang menuai pahit maungnya, terlalu sakit rakyat menerimanya.

“Kalau sewaktu dahulu ramai rakyat melarang dan membantah supaya pemberian MyKad dan kewarganegaraan dibuat mengikut landasan yang betul tetapi ada segelintir pemimpin enggan menerimanya,” tegas beliau.

Turut hadir dalam perjumpaan tersebut, Naib Ketua Pemuda SAPP Pusat Rudy Sulaiman Mairi, Timbalan Pengerusi Parti Star Parlimen Tenom Faisyal Marius Umbul dan bekas Pengetua Sekolah Menengah Raymond Emus Gintod.

Dalam pada itu, beliau menggesa pemimpin Barisan Nasional (BN) agar jangan memperlekehkan perjuangan pembangkang dengan mendakwa bahawa pembangkang tidak akan mampu menunaikan janji mereka sekali pun diberi peluang membentuk kerajaan selepas pilihanraya umum kali ke-13 (PRU13).

SAPP mempunyai misi dan visi yang amat jelas dalam komitmen perjuangannya sepertimana terkandung didalam pelan transformasi pembangunan tanah, ekonomi, pendidikan dan pembangunan luar bandar.

Roger berkata, dalam aspek pendidikan, beliau menjelaskan bahawa bantuan asas bagi seseorang pelajar yang akan melanjutkan pembelajarannya ke Universiti, SAPP mencadangkan pelajar itu diberi bantuan asas sebanyak RM2,500 untuk membiayai kos penerbangan, peralatan asas dan wang saku untuk sementara waktu sehingga pelajar itu mendapat biasiswa dari kerajaan.

“Kita juga akan mengkaji pemberian kelulusan geran komunal kepada rakyat dikawasan kawasan majoriti penduduknya adalah dari masyarakat KDM supaya geran Native Title (NT) dikeluarkan; manakala status geran komunal kita akan tamatkan kerana ia banyak meminggirkan anak watan di situ.

“Inilah sistem yang kita buat bersesuaian dengan konsep dari rakyat kepada rakyat untuk rakyat...kerana kerajaan SAPP kelak akan bersungguh sungguh menerapkan nilai nilai murni dalam pentadbirannya untuk mengembalikan semuanya kepada hak rakyat supaya rakyat tidak akan terpinggir,” tegasnya.

Roger berkata, apabila pembangkang khususnya SAPP mempamerkan perancangan dan halatuju parti itu kepada rakyat, perasaan cemburu dan curiga akan melemahkan mereka (BN) sudah mula menular disanubari mereka lalu tidak ada jalan lain selain bertindak merendah rendah kewibawaan pembangkang.

Untuk membuktikan perancangan SAPP itu benar dan membantu rakyat terutamanya mereka yang berada dibawah paras kemiskinan, berilah SAPP peluang untuk menerajui kerajaan dan disitu rakyat akan dapt menilainya, tambah Roger lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.