`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, March 23, 2013

SPM, ST JOHN BEAUFORT MENYERLAH




KENANGAN.....KIMJUS (empat kanan) bersama-sama ahli Lembaga Sekolah, Father dan pengetua merakamkan gambar kenangan dengan pelajar cemerlang peperiksaan SPM 2012 SM St John Beaufort, Theresa (empat kiri), Noratikah dan Nur Zulaikha.

Oleh : MOHD JOHAWALIA
BEAUFORT: Sekolah Menengah St John Beaufort mencatat sejarahnya yang tersendiri apabila berjaya mencapai peningkatan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2012.

Sehubungan Pengerusi Lembaga Sekolah (LPS) berkenaan, Datuk Kimjus mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pencapaian keputusan yang cemerlang berbanding tahun 2011.
“Dalam kesempatan ini saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih atas usaha dan komitmen pengetua dan tenaga pengajar serta ahli LPS serta ibu bapa dan pelajar sekalian,” katanya pada majlis penyampaian keputusan SPM di sekolah itu, pagi kelmarin.

Kimjus yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Beaufort turut berharap usaha berterusan dapat dilakukan bagi memastikan pencapaian sekolah tersebut meningkat dari tahun ke tahun sekali gus menjadikan SM St John Beaufort sebagai sebuah sekolah yang cemerlang di negara ini.

Seramai dua pelajar mendapat keputusan 9A iaitu Theresa Primus dan Noratikah Daud. Sementara itu Nur Zulaikha Ismail mendapat keputusan 6A dan Maslina Shahbandar mencatat keputusan 5A daripada seramai 42 pelajar yang menduduki peperiksaan itu pada tahun lalu.

Sementara itu Pengetua sekolah itu, Seah Soh Lin memberitahu hanya seorang pelajar yang mendapat 9A pada tahun lalu.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua tenaga pengajar dan pelajar serta ibu bapa atas komitmen dan usaha gigih yang diberikan sehingga berjaya memperolehi keputusan yang membanggakan warga SM St John Beaufort.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.