`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, March 4, 2013

"Sultan Sulu" Itu Ahli UMNO Yang Berdaftar!



Ketika Umno BN menyalak kencang mengheret Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, rupa-rupanya ‘Sultan Sulu’ yang didakwa mengetuai pasukan penceroboh itu adalah ahli Umno.

Ini dibuktikan dalam laporan Berita Harian pada 19 Februari 2011 bertajuk ‘Umno Sabah minta keahlian ‘Sultan Sulu’ dipecat’.

Dilaporkan, Sultan Sulu itu adalah Datu Mohd Akjan Ali Muhammad dan merupakan ahli Umno sebuah cawangan dalam Bahagian Kota Kinabalu.

Mengikut laporan itu, arahan pemecatan Mohd Akjan kerana beliau mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu.

Mohd Akjan yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Cawangan Sabah adalah bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau dilapor ditabalkan sebagai Sultan Sulu awal Februari 2011 selepas mengangkat sumpah kesetiaan dalam majlis di sebuah rumah di Kampung Likas, dekat Kota Kinabalu.

Ekoran pengisytiharannya itu, Badan Perhubungan Umno Sabah mahu Majlis Tertinggi (MT) parti memecat beliau.

Dilaporkan, keputusan sebulat suara itu dicapai pada mesyuarat Umno Sabah, 17 Februari 2011.

Umno menyifatkan tindakan Mohd Akjan itu mencemar imej dan memecahbelahkan perpaduan parti.

Ketua Menteri yang juga Pengerusi Umno Sabah, Datuk Seri Musa Aman dilapor berkata, Umno memandang serius tindakan ahli perniagaan terbabit mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu.

Sehubungan itu, Musa mencadangkan agar MT mengambil tindakan tegas terhadap Mohd Akjan bagi menjamin keutuhan parti.

Musa yang mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa kerajaan negeri tidak mengiktiraf tindakan Mohd Akjan itu dan meminta polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.