`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, March 19, 2013

TERBARU! NUR MISUARI BERTAMBAH MELAMPAU HINA MALAYSIA! #LahadDatu SABAH

Anda baca laporan terbaru AGENSI tentang kebangangan Nur Misuari yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim itu menyalahkan negara Malaysia kerana kononnya 'menjajah Sabah dan Sarawak'.


Tetapi sebelum kita teruskan, satu perkara pentinh yang perlu MiM tegur tentang laporan AGENSI tersebut iaitu Nur Misuari bukan lagi 'Ketua Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF)'!


Beliau hanyalah AJK biasa yang tidak lagi berpengaruh di dalam MNLF dan sekadar mencari publisiti murahan serta sangat terdesak untuk meneruskan huru-hara di Sabah kerana didakwa salah seorang daripada dalang pencerobohan tersebut. BACA SINI

Sila baca :
MANILA 18 Mac - Ketua Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari menuduh Malaysia campur tangan dalam hal ehwal Islam Moro di selatan Filipina dan mendakwa Kuala Lumpur menjajah Sabah dan Sarawak. 
Menurutnya, Malaysia menjadi penghalang kepada usaha menyatukan kumpulan Moro yang bertelagah menuntut kemerdekaan di selatan Filipina iaitu kumpulan MNLF dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) iaitu pihak yang terlibat dengan perjanjian damai yang diusahakan oleh Malaysia. 
"MILF adalah alat penjajahan Malaysia dan diatur oleh negara itu. Kuala Lumpur ialah dalang di sebalik MILF. 
"Maaf kerana terpaksa menyatakan kebenaran dalam masalah ini. Jika Malaysia tidak dibabitkan, saya fikir kami dengan segera dapat menyelesaikan masalah itu dengan kerajaan Filipina," katanya kepada Al Jazeera dalam satu temu bual eksklusif yang disiarkan di sini, semalam. 
Misuari berkata, perjanjian damai antara MILF dan kerajaan Filipina yang dijangka dimuktamadkan pada bulan depan adalah helah Malaysia untuk memperkuatkan pengaruhnya di Sabah. 
Ketua MNLF itu turut mencabar Malaysia untuk keluar dari Sabah dan membuktikan tuntutan wilayahnya menerusi proses undang-undang. 
Misuari turut menegaskan tentangannya kepada rundingan damai MILF dan menyatakan MNLF telah pun menandatangani perjanjian dengan kerajaan Filipina di bawah pentadbiran berbeza di Manila pada 1976, 1987 dan 1996. 
"Itu adalah perjanjian damai yang perlu dilaksana terlebih dahulu dan sesiapa yang datang dengan perjanjian baharu adalah perosak," ujarnya. - AGENSI
Sila baca beberapa lagi perkembangan di Lahad Datu, Sabah :
Pengganas Kiram III semakin terdesak dan tertekan bilamana ABRI, ATM, PDRM dan Tentera FILIPINA melakukan penagwasan sempadan dengan ketat. 

Perkembangan terkini pencerobohan pengganas Sulu kini merebak ke negara Indonesia. Residensi Nunukan dan Pulau Sebatik yang bersempadan dengan Tawau, Malaysia kini di penuhi pasukan tentera Indonesia. 
Armada Kapal-kapal perang Tentera Nasional Indonesia (TNI) turut berlabuh dengan ketumbukan tentera Indonesia ditambah di sepanjang sempadan Indonesia-Malaysia-Filipina. Rakan-rakan yang baru balik dari Residensi Tarakan, Balik Papan, Nunukan dan Sungai Nyamuk di wilayah persempadan Indonesia/Malaysia menyaksikan pergerakan tentera yang tidak seperti hari-hari biasa. 
Mereka mendapat maklumat, pergerakan ketenteraan Indonesia dengan sejumlah Penembak Tepat turut dibawa bertujuan untuk mengawal perairan Indonesia daripada dimasuki oleh pengganas-pengganas Sulu ini.

Nampaknya, saki baki pengganas Sulu ini tidak dapat bergerak lebih jauh. Mereka terpaksa mengharapkan paya bakau dan bukit bukau di ladang sawit untuk bersembunyi dan bergerak dalam kumpulan yang kecil. 
Perairan menuju ke pulau-pulau berhampiran di sempadan Filipina sudah di kawal ketat.
Kini, perairan Indonesia pula dikawal oleh pasukan Tentera Nasional Indonesia (TNI) laut dan darat. Raja Azumuide dan kumpulannya hanya ada satu pilihan...Menyerah tanpa syarat! - Kedahkini.
Manakala Utusan melaporkan :
Sejumlah kereta perisai berantai Adnan mula tiba hari ini bagi memperkukuhkan lagi Ops Daulat untuk menghapuskan pengganas Sulu. 

Kesemua aset itu yang dibawa menggunakan treler tiba pada pukul 4.20 petang di kawasan operasi dan ditempatkan di markas sementara tentera di Cenderawasih. 
Panglima 1 Divisyen, Infantri Tentera Darat, Datuk Mohd. Zaki Mokhtar berkata, kereta perisai itu yang dibawa dari Semenanjung penting untuk melaksanakan operasi khususnya di kawasan yang tidak dapat dimasuki kereta perisai beroda. 
"Kita akan guna kereta perisai berantai ini dalam operasi seterusnya khususnya bagi mengesan saki-baki pengganas di Tanjung Batu - seterusnya

Anda baca juga status sebenar Nur Misuari:


TERKINI! NUR MISUARI HILANG PENGARUH DALAM MNLF!! #LahadDatu


Sebelum ini Jamalul Kiram III  didedahkan sebagai bukan Sultan Sulu yang sah. 
Jamalul Kiram III was never a legitimate descendant of the nine "rightful heirs" of Jamalul Kiram II that was drawn up in the 1939 'Macaskie Judgement' to be eligible to receive cession payments, following the ceding of Sabah, then known as North Borneo, to the British North Borneo Company (BNBC).
Rupa-rupanya, Nur Misuari yang sejak dua tiga hari ini menjadi popular disebabkan oleh pencerobohan di negeri Sabah hanyalah seorang anggota biasa jawatankuasa dan tidak lagi mempunyai pengaruh dalam MNLF!

Sila baca :

Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) mengutuk keras keganasan yang dilakukan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna di Sabah, kata pengerusinya Muslimin Sema. 
Muslimin, yang dilantik sebagai pengerusi badan pembuat keputusan tertinggi pertubuhan itu, Jawatankuasa Pusat MNLF, pada 2008, berkata Nur Misuari hanya seorang anggota biasa jawatankuasa itu dan tidak mempunyai pengaruh dalam MNLF. 
MNLF, katanya, menganggap rakyat Sabah dan Malaysia sebagai saudara mereka. 
"Kami (MNLF) tidak menyokong apa yang sedang berlaku di Sabah (pencerobohan dan tindakan pengganas). Kami menolaknya. Kejadian di Sabah dicetuskan untuk memecahbelahkan sesama kita. 
"Ia juga dilakukan untuk memutuskan ikatan antara Sabah dan selatan Filipina dan antara Malaysia dan Filipina. Mereka ingin memusnahkan ikatan itu (antara rakyat)," katanya dalam temu bual ekslusif dengan Bernama melalui telefon dari Manila. 
Dua hari lepas, Malaysia menggunakan jet pejuang, tentera darat dan kenderaan pengangkut tentera berperisai untuk menggempur penceroboh bersenjata yang bersembunyi di Kampung Tanduo, Lahad Datu. 
Operasi yang menggabungkan pasukan polis dan tentera dikenali sebagai "Op Daulat" itu berterusan hingga kini. 
Pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan pengganas di Lahad Datu dan Semporna meragut nyawa lapan anggota polis dan sekurang-kurangnya 52 pengganas. 
Diminta mengulas tentang kenyataan Misuari baru-baru ini bahawa MNLF bersedia menghantar pejuang bersenjatanya ke Sabah untuk membantu pengganas Sulu, Muslimin berkata beliau kecewa dengan kenyataan bekas pemimpin MNLF itu. 

"Beliau tidak sepatutnya membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu. Saya sedih kerana tidak dapat menyekatnya daripada membuat kenyataan itu. Sabah dan Malaysia bukan musuh kami," katanya. 
Ditanya sama ada terdapat anggota MNLF yang terlibat dalam kejadian di Sabah, Muslimin berkata jawatankuasa pusat barisan itu telah menjalankan penyiasatan tentang perkara berkenaan. 
"Bagaimanapun, siasatan yang dibuat anggota jawatankuasa pusat di Tawi-Tawi dan Sulu mendapati tidak ada anggota MNLF yang terlibat dalam pencerobohan di Sabah. Kami tidak terlibat dalam apa jua bentuk keganasan," katanya. 
Beliau berkata sekiranya terdapat anggota MNLF yang terlibat dengan keganasan di Sabah, mereka melakukannya secara peribadi dan tidak pernah mendapat restu daripada kepimpinan barisan itu. 
"Sekiranya mereka terlibat, ia dibuat atas dasar individu kerana MNLF tidak pernah merestuinya," kata beliau sambil menegaskan bahawa kebanyakan orang Filipina yang tinggal di Sabah menjalani kehidupan secara baik dan aman. BERNAMA
Untuk pengetahuan semua, Muslimin Sema merupakan pengerusi Moro National Liberation Front (MNLF) yang sah setelah dilantik oleh Central Comittee MNLF pada tahun 2008.


Muslimin Gampong Sema (lahir April 27, 1949) ataupun dikenali sebagai Mus atau The Peacemaker, juga adalah seorang ahli politik Filipina berjawatan Naib Datuk Bandar Bandar Cotabato sejak Jun 2010.

Di Kolej, beliau mula menyertai organisasi di mana dia boleh meluahkan pandangan politik beliau seperti Liga Filipina Nasionalis Islam. Beliau adalah salah satu ahli pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF).

Dari tahun 1979 hingga 1989, beliau adalah Pengerusi Negeri Utara Kutawato Revolusi Jawatankuasa Negeri selepas itu beliau menjadi Setiausaha Agung Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF).

Pada bulan Februari 1998, beliau dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Majlis Selatan Filipina bagi Keamanan dan Pembangunan (SPCPD).

Beliau telah dilantik sebagai Datuk Bandar bandar Cotabato pada tahun 1998 dan telah dipilih semula pada tahun 2001, 2004 dan pada pilihanraya Mei 2007.

Pada masa ini, G. Muslimin Sema berfungsi sebagai Cotabato City Naib Datuk Bandar dan Pegawai Bertugas Panlungsod Sangguniang yang beliau sandang pada 2010.

- DrMiM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.