`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, March 6, 2013

TERKINI! Pengganas Terus Diburu! Yang Ditahan Penyokong Shafie Apdal?



Pasukan keselamatan telah bergerak memasuki Tanjung Batu yang terletak bersebelahan Kampung Tanduo di mana operasi memburu penceroboh Filipina bermula semalam.

Ketua Polis Negara, Ismail Omar berkata, operasi itu kini diperluaskan meliputi Tanjung Batu dan operasi bermula pada jam 3 petang hari ini.

"Polis dan angkatan tentera memasuki Tanjung Batu ketika mengesan penceroboh pada sekitar jam 4.15 petang," katanya dalam satu sidang akhbar di Felda Sahabat petang ini.

Di sana, tegasnya, berlaku pertempuran dan percaya pasukan keselamatan telah membunuh beberapa orang musuh tetapi tidak dapat mengesahkan bilangannya pada masa ini.

Penduduk Tanjung Batu mendakwa kampung mereka telah diambil alih oleh kira-kira 50 penceroboh seawal hari Isnin, menyebabkan mereka lari meninggalkan rumah masing-masing.


Dalam perkembangan sama, Panglima Angkatan Tentera, Zulkifeli Mohd Zin menjelaskan bahawa timbunan mayat ditemui dalam satu lahad di Kampung Tanduo adalah korban dalam pertempuran yang berlaku di antara pasukan keselamatan dan penceroboh Filipina sebelum Ops Daulat dilancarkan.

Katanya, 12 penceroboh berkenaan terbunuh ketika pertempuran pada 1 Mac.

Namun, pasukan keselamatan hanya menemui sembilan mayat di dalam lahad tersebut, katanya.

Pasukan keselamatan percaya terdapat tiga lagi mayat yang kini sedang dikesan, tambahnya.

Mayat berkenaan mungkin telah dikebumikan atau dibawa ke kawasan lain yang tidak diketahui, katanya dalam satu sidang media di Felda Sahabat Residence petang ini.

Jumlah penceroboh yang dibunuh sejak konflik ini bermula adalah 13 orang, termasuk seorang yang ditembak mati pagi ini.

Terdahulu, dua menteri, Hishammuddin Hussein dan Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan gambar menunjukkan bukti kematian berkenaan dalam satu sidang media petang ini.


Dalam pada itu, empat pengganas yang ditahan di Semporna petang tadi menunjukkan seorang memakain baju T Barisan Nasional manakala seorang lagi memakai baju T dengan gambar Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Shafie Apdal.

Mereka kini ditahan di balai polis Semporna sementara menunggu siasatan lanjut kerana disyaki keempat-empat mereka merupakan pengganas yang sedang diburu.

Kedudukan terkini setakat jam 7.55 petang tadi menyaksikan tiada anggota keselamatan terbunuh dalam Op Daulat yang mula dilancarkan semalam manakala di pihak pengganas kini sudah 13 menjadi mayat yang segera dikeluarkan dari sebuah kubur besar.

Kesemua mereka ditahan selepas pihak polis menerima maklumat awam mereka cuba mendapatkan maklumat serangan pasukan keselamatan yang letaknya berhampiran kem tentera di bandar itu.

Tambah sumber itu lagi, mereka juga dikenal pasti memberi bantuan makanan dan keperluan asas kepada pengganas yang masih bersembunyi dengan memakai baju biasa tanpa seragam tentera mereka.


- Jalan Pulang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.