`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, July 22, 2013

22 Individu Islam Ditahan Minum Arak

BUTTERWORTH - Sembilan wanita antara 22 individu Islam yang ditahan kerana mengambil minuman keras di premis hiburan di Seberang Jaya dan Perai di sini awal pagi tadi. Wanita tersebut turut merupakan pelayan pelangan (GRO) di premis berkenaan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), Khairul Azman Azizan berkata kesemua mereka disiasat menurut Seksyen 19 Enakmen Jenayah Syariah Pulau Pinang Kesalahan 1996 kerana menggunakan apa-apa minuman yang memabukkan di tempat awam yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.

Sembilan wanita itu juga disiasat menurut Seksyen 47/35 kerana menggalakkan kegiatan maksiat dan boleh dikenakan denda RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan, katanya. Beliau berkata kesemua mereka dibebaskan selepas diambil keterangan.

Khairul Azman berkata JAIPP turut mengeluar sembilan notis kepada sembilan pasangan Islam yang berkelakuan tidak senonoh di tempat awam di Pantai Bersih, yang boleh didenda RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.  - Bernama

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa jadi begitu? Antaranya kerana sikap pemimpin negara ini, bapak borek anak rintik. Ada antara pemimpin dan keluarga minum arak. Ada pemimpin yang miliki saham arak. Tak percaya tanya MB Kedah sekarang.

 Tiada kena mengena, gambar siapa ni??
  
Cuba klik, carian google 'gambar pemimpin minum arak', keluar banyak. Tengok dan fikir-fikir sendiri.

Nanti ada balaci-balaci UMNO tanya dan komen bagaimana di Selangor ada kilang arak?
Jawab kat dia, mana lebih berkuasa kerajaan Selangor atau kerajaan Malaysia? Tengok saja dalam kes royalti minyak Kelantan, kes 'hudud', lebuh raya dan banyak lagi.. Begitu juga undang arak,

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.  

E-Buku IH-73: Kembali 'Univ Ramadzan' 2013.
E-Buku IH-73: Kembali 'Univ Ramadzan' 2013.

Imej untuk pemimpin minum arak

 - Laporkan imej

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.